Photobucket

Jumaat, 16 Disember 2016

Penghujung Sem 1

Minggu ni merupakan minggu terakhir kelas, dan minggu depan ialah minggu ulangkaji. Begitu cepat masa berlalu. Pelbagai kisah suka dan duka sepanjang hampir 4 bulan aku berada di UKM ini. Ehhh, rasanya kisah duka tidak ada lagi kot, yang ada kisah suka dan kadang-kadang kisah bingung iaitu tak tahu rasa apa. hahaha. Setakat ini, aku memang gembira, bersyukur serta berasa bertuah berada di UKM ini. Tetapi perkara yang paling aku risaukan sekarang ialah peperikasaan akhir semester ini yang akan bermula pada 27 Disember 2016. Aku ada masa lebih kurang seminggu mcm tu je. Terlalu risau kerana keputusan ini ialah penentu sama ada aku layak untuk masuk kos akaun ataupun tidak.

Sejujurnya, aku memang nak sangat untuk masuk kos akaun sebab cita-cita aku untuk jangka pendek ialah untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Sekiranya, ada rezeki aku untuk ke akaun, dapatlah. Sekiranya tidak dapat, mungkin ada yang lebih baik untuk aku.

Kesimpulan yang aku dapat simpulkan pada penghujung sem ini ialah aku perlu perbaiki lagi diri aku untuk jadi lebih baik terutama dari segi pengurusan masa. Dari segi kewangan, setakat ini Alhamdulillah, belanjawan aku masih berjaya diamalkan. Pendek kata, permulaan kehidupan di UKM yang sangat baik. Segala kekurangan serta kesilapan yang aku lakukan pada sem 1 ini, akan ku cuba untuk perbaiki supaya menjadi lebih baik.  :) 

Khamis, 15 Disember 2016

KARSUFEP

Semester 1 sudah hampir ke penghujungnya. Tadi, aku pergi ke mesyuarat KARSUFEP 2.0 untuk kali pertama. Alhamdulillah, aku telah dipilih sebagai ajk bagi karnival ini dan memegang ajk dalam bahagian publisiti setelah berjaya di peringat temu duga. Masa temuduga aku adalah memaklumkan bahawa aku memang minat bidang ini tetapi tidak mahir dan masih dalam proses pembelajaran. Jadi peluang aku untuk belajar dalam bidang ini menjadi lebih luas. Ohya, lupa bagitahu, kalian mesti tertanya-tanya apa itu KARSUFEP kan? KARSUFEP ialah Karnival Sukan Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan. KARSUFEP akan berlangsung pada 16-19Mac 2017. Hah, lama lagi kan. Tapi, okaylah, sekurang-kurangnya tidak lah membuat persiapan di saat-saat akhir. Semoga segala perancangan dan gerak kerja menjadi lebih mudah. 

Sebenarnya, malam ini juga ada solat hajat sempena pembukaan surau FEP selepas diubah suai serta untuk peperiksaan akhir semester. Tetapi aku tidak dapat untuk hadirkan diri kerana pergi ke mesyuarat tersebut. Rasa tak sabar nak tengok suasana surau FEP yang baru. :)

Rabu, 7 Disember 2016

KISAH KARNIVAL MIKROEKONOMI 2

Video kami tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya. Ternyata, video persembahan dan video pembentangan adalah slot yang berlainan. Video kumpulan ku telah menggabungkan kedua-dua video tersebut. Perkara ini amat mengejutkan kami, kerana kami dimaklumkan dengan info yang berbeza, mungkin berlaku sedikit salah faham. Kami hampir buntu dan kecewa memikirkan hal ini. Akhirnya, kami telah memutuskan video persembahan ialah video yang kami di lokasi kajian, manakala video pembentangan kami gunakan video yang asal walaupun masanya lebih daripada yang diperuntukkan.  Apabila berlaku perkara tersebut, keyakinan aku untuk kumpulan ku menang terus pudar. Aku berasa sangat kecewa dan sedih. Tapi, apa boleh dibuat. Redha sahajalah.

Semasa slot video persembahan video, respon penonton terhadap video kumpulan aku ialah positif, lega sikit perasaanku. Namun, bagi slot pembentangan video, bagi aku, kumpulan aku tidak dapat respon yang baik dari penonton. Oleh sebab itu, aku amat yakin bahawa peluang untuk kumpulan ku menang amat tipis.

Tibalah saat yang dinanti-nantikan, iaitu pengumuman pemenang-pemenang.. Jeng jengg.....


ALHAMDULILLAH, bagi kategori video persembahan, kumpulan ku telah meraih juara dan saguhati@tempat terakhir bagi kategori pembentangan. Kemenangan video persembahan sepenuhnya melegakan hati aku. Rasa puas sangat walaupun tidak juara bagi kedua-dua kategori, tidak mengapalah, yang penting kami sudah cuba lakukan yang terbaik...

Juara-Kategori Video Persembahan

Saguhati- Kategori Pembentangan

KISAH KARNIVAL MIKROEKONOMI

Hari ini, ingin aku kongsikan mengenai karnival mikroekonomi. Macam-macam perkara yang berlaku, penuh dengan suka dan duka tetapi kebanyakkannya ialah kisah bahagia.

Sekitar 4.30 am, aku melelapkan mata setelah menyiapkan video utk persembahan pada hari karnival tersebut. Video apa??? Kisahnya begini, pada malam sebelum kejadian, kumpulan aku telah terpilih untuk masuk ke pusingan akhir. Perkara ini, kumpulan ku memang tidak menduga, kami tidak mengharapkan ke pusingan akhir, sekadar lakukan yang terbaik untuk dibentangkan dalam kelas sahaja. Tapi, kalau dah rezeki tidak ke mana. Apabila kumpulan ku telah terpilih untuk ke pusingan akhir, kami perlu mengedit kembali video tersebut untuk penambahbaikkan dari segi masa dan sebagainya. Itulah sebabnya kenapa aku tidur lambat. Pada jam 6 am lebih, aku bangun dan bersiap sekemas mungkin.

Pelbagai aktiviti yang yang dianjurkan pada hari karnival tersebut, selain daripada pembentangan daripada kumpulan yang terpilih untuk masuk ke pusingan akhir, juga ada forum karnival mikroekonomi serta jual-jualan sekitar di hadapan dewan kuliah FEP. Pada awalnya, aku bersama dua orang lagi sahabat telah pun menyewa tapak pada hari tersebut untuk kami membuat jualan. Namun, kami terpaksa membatalkannya pada saat akhir kerana di rumah rakan ku mengalami gangguan bekalan air, jadi ibunya tidak dapat menyediakan makanan untuk jualan kami. Tidak mengapalah, mungkin tiada rezeki kami untuk berniaga.

1pm- Kumpulan aku ke kaunter pendafatarn untuk mendaftarkan diri ke karnival tersebut. Tiba-tiba ada sesuatu perkara yang mengejutkan kami..... Video kami..... 

Isnin, 5 Disember 2016

MAKLUMAT PENTING RESUME

Penceramah tersebut telah memberikan contoh template resume yang menggunakan photoshop serta perkara penting yang perlu ada dalam resume melalui email. Jadi, walaupun aku tidak dapat sertai bagi slot yang pertama, aku masih juga dapat perkara penting semasa slot 1 tersebut.

Oleh sebab itu, sudi untuk aku kongsikan di sini mengenai Maklumat Penting yang perlu ada dalam Resume iaitu:
1.Maklumat Diri
2.Pendidikan
3.Pengalaman Kerja
4. Kemahiran
5. Anugerah Kokurikulum
Selain itu, resume juga digalakkan kalau boleh satu muka surat sahaja, tetapi segalanya padat dalam satu muka surat tersebut. Menurut penceramah tersebut, jika guna photoshop lebih mudah untuk kita penuhkan satu muka surat berbanding menggunakan Microsoft Word. Hurm, mungkin itu sahaja yang ingin aku kongsikan. Nak tahu lebih lanjut, kena lah sertai program-program sebegini.. 

Ahad, 4 Disember 2016

Bengkel Photoshop: Resume

Aku memegang AJK Pendaftaran bagi bengkel photoshop ini. Walaupun hanya memegang jawatan sebagai ajk biasa je, tetapi banyak ilmu baru yang telah ku pelajari serta pengalaman baru yang ku dapat.

Perkara yang amat aku gembira ialah aku dapat belajar perkara asas mengenai aplikasi Photoshop. Semenjak dua menjak ni, aku ada jugalah belajar mengenai Photoshop tetapi hanya melalui Youtube sahaja, jadi tidak begitu faham. Tetapi, semasa bengkel photoshop ini, aku dapatlah belajar perkara asas dengan lebih jelas sbb nak edit photoshop ni, papan kekunci memainkan peranan yang penting juga. Contohnya, kalau nak edit saiz gambar, kena tekan ctrl T, hah gitulah. banyak lagi perkara yang harus aku teroka mengenai aplikasi ini. Semoga suatu hari nanti aku berjaya menjadi seorang pakar dalam multimedia untuk dijadikan sebagai kerjaya sampingan serta menambahkan lagi kemahiran dalam diri.

Ohya, tajuk mengenai Bengkel Photoshop: Resume, lupa pula nak cerita pasal resume. Secara umumnya, hampir semua orang tahu apa itu resume kan?? tetapi tidak semua yang tahu apa perkara penting yang perlu ada dalam resume. Hah, akan aku kongsikan di post seterusnya.. Sebabb apa??  sebab tadi masa penceramah menerangkan perkara yang penting yang perlu ada dalam resume, aku berada di luar dewan untuk urusan pendaftaran peserta yang datang lewat. Sekitar jam 11am, aku tutup kaunter pendaftaran, selepas itu barulah aku sertai program ini bersama peserta yang lain juga.

Sabtu, 3 Disember 2016

Sehari Bersama Permata Emas Negara

Akhirnya.... Itulah nama projek kami. Projek kami ialah meluangkan masa selama sehari di Pusat Jagaan Rumah Perlindungan Penyayang Hani. Hurmm, nama projek tetap nak ada Permata Negara. Hahaha.. Sebenarnya, sebelum kami putuskan untuk ke sini, kami sudah pergi survey ke Rumah Anak Yatim di Bangi untuk jalankan Tusyen Pertama Negara, tetapi rumah anak yatim mereka ada program pada 3 dan 4 Disember. Jadi tidak boleh diteruskan. Oleh sebab itu, kami telah mendapat idea untuk tukar projek kepada melawat rumah penjagaan warga emas dan telah pun mendapat persetujuan daripada felo. Alhamdulillah, felo juga turut memberikan sumbangan dari segi idea penambahbaikkan bagi projek ini dan juga sumbangan berbentuk wang.

Aktiviti yang kami lakukan ialah bergotong-royong membersihkan rumah tersebut dan juga sesi makan bersama dan borak-borak. Pada detik mula-mula sampai di rumah tersebut, rasa sebak melihat mereka. Kami memulakan kerja sekitar jam 10 pagi. Dua orang ahli kumpulan kami keluar ke pasar untuk membeli barang basah untuk dimasak dan dimakan untuk waktu tengahari. Selebihnya, membahagikan tugas untuk membersihkan kawasan di dalam dan di luar rumah tersebut.

Hidangan makan tengahari yang disediakan oleh Mama(iaitu pemilik rumah ini) sangat sedap.. Setelah siap mengemas, kami luangkan masa dengan berborak-borak dengan ibu ibu di situ. Pelbagai kisah yang mereka kongsikan, banyak pengajaran yang kami perolehi. Ohya, lupa bagitahu, selepas zohor, kami bersama-sama dengan Mama menyediakan karipap. Walaupun karipap tersebut bukanlah hasil tangan ku sepenuhya, tetapi ada lah juga hasil usaha aku di situ. Setalah siap digoreng, kami makan bersama-sama. Lupa nak bagitahu, di dalam rumah tersebut juga ada 3 orang kanak-kanak kerana ibu mereka juga tinggal di situ. Sungguh comel gelagat dan rupa paras mereka. Teletah mereka dapat membuatkan kita tidak kering gusi. Kami juga sempat bermain bersama mereka. Meraka tiga beradik iaitu Aqilah, Aqil dan Aqidah.

Detik yang menyedihkan di mana, tibalah saat untuk kami pulang, beberapa orang ibu telah menunjukkan reaksi yang sedih, ada juga yang menangis kerana kami hendak pulang. Kami juga merasakan kesedihan yang sama. Doa dan nasihat-nasihat mereka, akan ku ingat. Semasa sesi bersalaman sebelum pulang, Aqilah telah bertanya untuk ikut kami balik, tetapi apakan daya, kami juga tidak mampu tunaikan permintaannya. Manakala, Aqil pula tidak mahu lepaskan dirinya dari kami, Setelah kami tinggalnya bersama ibunya, dia menangis. Dia tidak mahu tinggalkan kami. Huh, sungguh sedih pada detik itu. Semoga Aqil,Aqilah dan Aqidah menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat.

Itu sahaja yang ingin aku kongsikan di sini..  Ohya, ni merupakan beberapa gmbr di sini:
*sebenarnya dua orang ahli kumpulan tidak dapat sertai kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.










Selasa, 29 November 2016

Kelas Tusyen Permata Negara

Setelah berbincang bersama felo dan ahli kumpulan, kami membuat keputusan untuk membuka kelas tusyen secara percuma bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris kepada pelajar yang tidak mahir dalam subjek tersebut dan terdiri daripada keluarga yang susah.

Setelah berminggu-minggu selepas perjumpaan kali kedua iaitu pada 4/11/216, Jumaat(25 Nov) kami putuskan untuk pergi pada 3 dan 4 Disember 2016. Kami bukan sengaja untuk melambat-lambatkan, tetapi hanya tarikh ini sahaja yang kami free. Untuk pengetahuan anda, ahli kumpulan saya ialah 14 org iaitu tambah 4 org ahli baru. Yeahhh. Lagi meriah kumpulan kami. Haha..  Setakat ini, kami rancang untuk belajar dan juga bermain, iaitu, pada hari Sabtu(3 Dis) ialah belajar dan sedikit permainan yang berkaitan dengan pembelajaran. Pada hari Ahad pula ialah bermain sepenuhnya. 

Masalah kami sekarang ialah lokasi sahaja. Beberapa ahli kumpulan kami, telah membuat survey sekitar Bangi. Alhamdulillah, kami telah mendapat kerjasama dengan sebuah kampung di kawasan Bangi. Hanya tinggal menunggu respon jumlah pelajar yg boleh sertai sahaja.

Namun, berita sedihnya ialah pada hari ini, baru seorang pelajar yang respon untuk sertai kerana kebanyakkan pelajar sudah ada program bersama keluarga, maklumlah cuti sekolah sudah pun bermula.. Jadi, apakah projek yang bakal kami lakukan??? Nantikan....

Jumaat, 18 November 2016

DITUNDA

Program pelancara Uni Clean ditunda pada bulan Februari 2017, huhu.lama lagi kan. Tetapi bersyukur juga kerana masih banyak lagi persiapan yang belum selesai. Masa begitu suntuk juga tambahan pula aku pun tidak mahir dalam membuat poster, banner dan sebagainya. Jadi memang memerlukan masa sedikit untuk siapkan semua ini. 

Ohya, untuk jawatankuasa program ini bahagian Media dan Publisiti, ajk nya seramai 4 orang sahaja dan semuanya ialah pelajar tahun 1. Tetapi, kami telah menerima seorang ajk baharu iaitu pelajar tahun 3 yang mahir dalam bidang editing ini. Jadi kerja kami menjadi lebih mudah kerana adanya dia untuk membantu kami.. Jadi, selama hampir 2 bulan sebelum tibanya bulan Februari tahun hadapan, adalah proses kami untuk kami belajar tentang multimedia ini. #doakankamiberjaya

Ahad, 13 November 2016

GENG MEDIA

Video...... untuk edit tidak semudah itu.

Penghasilan video memakan tempoh yang agak lama dan boleh dikatakan rumit juga walaupun hanya video yang berdurasi sekitar 3 minit. Hasilnya video hanya 3minit tetapi disebalik tabir kisah video berdurasi 3 minit tersebut mesti mempunyai cabaran, kecuali ianya hanya sekadar video yang simple.

Aku amat meminati video jenis trailer,montaj atau gimik yang mana ianya hanya tempoh yang begitu kejap tetapi memberi impak yang sangat mendalam. Aku didedahkan dalam dunia pengeditan video ketika berumur 16 tahun, di mana pada ketika itu aku mempelajari subjek ICT dan telah menjadi ajk untuk menghasilkan video tayangan untuk hari graduasi bagi pelajar tingkatan 5. Pada ketika ini, aku mula rasa suka terhadap pengeditan video.

Namun, minat ku ini tidak ku usahakan sepenuhnya jiwa dan raga untuk belajar. Aku minat edit video tetapi aku masih belum pakar atau masih tidak bersungguh-sungguh untuk belajar. Maklumlah, software bagi video editing, aku masih belum ada, jadi minatku sekadar belajar benda asas sahaja. Masih belum dapat nak edit video yang epic dan menarik.

Selepas tamat tingkatan 5, aku ada juga mencari kursus-kursus atau kelas untuk belajar edit video, tetapi kebanyakkannya mahal dan jauh dari rumah. Ianya agak sukar bagiku. Pada ketika itu, aku hanya berharap agar apabila di universiti nanti aku dapat mempelajari edit video melalui penyertaan kelab-kelab berkaitan multimedia ini.

Alhamdulillah, setelah hampir 3bulan di sini, aku telah memohon Geng Media di bawah PMFEP di fakulti aku dan telah terpilih. Aku amat berasa bersyukur kerana aku yakin dengan penyertaan dalam geng media ini dapat membantu aku untuk mempelajari lebih mendalam tentang dunia pengeditan video. Kelmarin aku telah dapat software photoshop, cyberlink power director dan sony vegas daripada salah seorang senior dalam pimpinan Geng Media ini secara percuma. Jadi, lepas ini, aku akan berusaha untuk belajar lebih mendalam tentang software tersebut. Semoga impian ku untuk berjaya dalam bidang pengeditan ini tercapai agar dapat menambahkan kemahiran sampingan.


3 DALAM 1

Hah, sudah tiba 13Nov, Eh tapi bukan sepatutnya 4 Dalam 1 ke? knp 3 dalam 1? Sebab, Alhamdulillah, aku dapat menghadiri 3 perkara dan tidak sama seperti yang aku rancang. Allah SWT telah permudahkan segalanya, memang benar, manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukannya.
Pada pagi itu, aku bersiap dengan rapinya untuk pergi ke lawatan citra.  Lawatan citra aku hanya sekitar kolej aku sahaja iaitu melawat tasik yang berada di belakang blok lelaki, tempat pemprosesan air tube well dan juga tong sampah bawah tanah. Lawatan ini telah habis awal iaitu sekitar jam 9 lebih macam tu dan kumpulan mikro aku masih belum pergi ke pasar. Jadi aku telah mengambil keputusan untuk ikut mereka sekali.

Sekitar jam 11am, kereta sewa telah pun kami dapat, tetapi yang mengecewakan kami ialah kami sewa kereta proton saga tetapi dapat kereta yang kecil ala-ala myvi gitu(aku lupa nama kereta itu). Jadi kami naiklah kereta tersebut dengan keadaan yang agak sempit. Kami menuju ke lokasi pertama iaitu di Pasar Basah Seksyen 1 Bangi. Setelah selesai urusan di situ, perkara yang mengejutkan kami ialah kereta tersebut minyak kuat bak kata bahasa pasar. Jadi, kami mengambil keputusan untuk pulang semula ke UKM untuk tukar kereta lain, kerana kalau tidak tukar, mau tinggi kos perbelanjaan sbb kami ingin Pasar Shah Alam. Sementara menunggu proses kereta sewa yang lain, aku telah pergi untuk sesi bergambar bagi Geng Media. Jadi sempatlah untuk aku pergi ke 3 aktiviti tersebut. Selepas selasai sesi bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Pasar Shah Alam. Alhamdulillah, tugasan kami di lapangan dapat dilakukan dengan baik. Aku cuma tidak sempat untuk hadir ke Hari Interaksi Uni Clean sahaja.

Inilah kumpulan mikro aku yang ceria-ceria belaka. :)

Sabtu, 12 November 2016

4 DALAM 1

13 November, boleh dikatakan antara hari yang sibuk sikit kot, tapi sebenarnya bukannya sibuk sangat pun, sekadar ada 4 perkara yang perlu aku hadir pada hari yang sama dan waktu yang hampir sama. Ssejujurnya,aku hampir juga buntu untuk agihkan masa dan juga hampir sangat-sangat kecewa. Akhirnya, aku terpaksa untuk membatalkan perjanjianku dengan kumpulan mikro aku untuk siapkan tugasan di pasar.  Walaupun, ianya amat penting untuk aku ambil video dan gambar salah satu bahan untuk kajian bagi subjek Mikroekonomi, tapi apakan daya, aku juga perlu menghadirkan diri ke Lawatan Citra Teknologi hijau yang mana kehadiran sebanyak 10 markah. Jika aku tidak pergi, aku akan kehilangan 10 markah. Lawatan ini ialah pada jam 8am-12pm dan kumpulan aku pergi ke pasar sekitar jam 10am.  Aku sedih kerana tidak dapat ikut mereka ke pasar basah.

Lagi 2 program yang aku perlu hadir ialah Hari interaksi bagi jawatankuasa Uni Clean iaitu pada jam 8.30-3pm.  Aku telah rancang untuk pergi lepas zohor. sekurang-kurangnya, aku dapat jugalah hadir daripada tidak hadir langsung kan. Perkara terakhir yang aku perlu hadir ialah sesi bergambar bagi Geng Media untuk Program Future Graduate. Oleh sebab itu, aku mengambil keputusan untuk tidak mengikut mereka ke pasar, sekurang-kurangnya aku dapat hadiri 3 perkara. Sekiranya, aku ikut mereka ke pasar, aku hanya dapat hadir 1 perkara sahaja. Hurm, esok merupakan 13Nov, aku hanya mengharapkan agar semuanya berjalan lancar.  Nantikan post aku pada esok hari.

Rabu, 9 November 2016

UNI CLEAN

Hari ini merupakan mesyuarat kali pertama bagi Jawatankuasa Uni Clean iaitu di Bilik Gerakan HEPA(Pusanika aras 6). Sejujurnya aku amat berdebar untuk pergi ke mesyuarat ini kerana program ini dibawah MPP, jadi mesti ramai senior, tambahan pula, kawan karib ku, Elysha tidak dapat menghadirkan diri kerana ada kelas citra. Jadi, terpaksalah aku pergi seorang diri. Setelah sampai, alhamdulillah, aku dapat menyuaikan diri dan ajk program ini juga semuanya peramah dan baik-baik belaka. Aku memegang jawatan bahagian Publisiti dan Media. Hah, aku memang minat dalam bidang ini walaupun masih belum mahir dalam mengedit video dan gambar. Tapi, kenapa aku masih pilih jawatan bahagian Publisiti dan media kalau aku tidak mahir lagi. Sebab, aku nak gunakan peluang ini untuk aku belajar dan tambah kemahiran dalam diri, biarpun susah, asalkan aku dapat ilmu baru sekaligus aku dapat penuhi minat terdapat dunia multimedia ini. Sebenarnya, aku lebih suka edit video berbanding gambar. Kadang-kadang aku mudah tersentuh atau menangis dengan hanya melihat video teaser ataupun trailer disebabkan latar belakang muzik video tersebut terutama muzik yang epik atau yang membakar semangat.

Program ini adalah salah satu usaha UKM untuk menjadi sebuah universiti yang lestari. Program ini mengenai apa sebenarnya?? Mesti anda tertanya-tanyakan? Matlamat utama Uni Clean ialah sifar plastik bag, penanaman semula pokok dan juga penambahan bilangan tong sampah. Hah, untuk tahu lebih lanjut kenalah datang pada 25 November 2016 iaitu majlis perasmian bagi program ini. Jumpa anda di sana.. :)

Ahad, 30 Oktober 2016

KEJUTAN BUDAYA

Hampir 2 bulan aku berada di UKM, pada pendapat aku setakat ini semuanya okay, tetapi adakah tanggapan aku itu benar ataupun sekadar khayalan???

Apa pula yang dimaksudkan dengan kejutan budaya? Berdasarkan apa yang aku baca di blog-blog yang lain, kejutan budaya dalam kalangan pelajar ini ialah perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar. Kejutan budaya yang mendadak menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri mereka sehingga boleh menjejaskan pretasi.

Melalui ayat tersebut, pada pandangan aku, aku telah kena jangkitan kejutan budaya. Mengapa? kerana waktu pembelajaran kendiri aku tidak sama lagi seperti zaman matrik dahulu. Semasa di matrik, boleh dikatakan masa aku banyak dihabiskan dengan siapkan tugasan dan ulangkaji. Tetapi, di universiti, berbeza. Masih ada waktu untuk pembelajaran kendiri tetapi tidak segigih masa zaman matrik.

Seperti yang kita ketahui, U dan matrik adalah sangat berbeza. Jadi tidak semestinya pengurusan masa di U kena sama di dengan matrik. Inilah cabaran seorang mahasiswa, iaitu Pengurusan Masa yang efektif. Jadi, aku pun beranggapan mungkin juga aku tidak terkena kejutan budaya. Tetapi, semasa program Hari Induksi, Presiden PMFEP berkata, "jika anda berasa anda tidak terkena kejutan budaya, bermakna anda telah mengalami kejutan budaya", ayatnya lebih kurang begitu. Hurmmm. Jadi, adakah aku mengalami kejutan budaya?? Masih tidak dapat jawpan.

Namun, setiap hari aku sentiasa berusaha untuk perbaiki segala kesilapan serta sentiasa mempelajari menguruskan masa dengan baik. Ujian pertengahan dan akhir, tidak lama lagi bakal tiba. Semoga aku dapat jawab dengan baik dan mendapat keputusan yang terbaik dan semoga segala ilmu yang telah ku pelajari dapat ku aplikasikannya ke dalam kehidupan.. SEMOGA BERJAYA ANIS!

Jumaat, 28 Oktober 2016

4S2P

Harini merupakan hari yang sangat-sangat tidak sabar untuk aku menanti. Sebab apa????? Sebab, hari ini aku akan berjumpa dengan kawan-kawan matrik aku yang amat aku sayangi dan rindui. Tapi, yang sedihnya sebab tidak semua yang dapat hadir. Ohya, 4S2P ini ialah nama kumpulan dalam Whatsapp kami. Terdiri daripada 6orang ahli termasuk aku. 4 orang daripada mereka ialah rakan sekelas aku di matrik yang mana, boleh dikatakan kami sentiasa bersamaaa. Manakala seorang lagi tu ialah rakan sebilik aku di matrik.

Kami telah berjanji untuk berjumpa pada hari ini dan NU Sentral menjadi pilihan tempat pertemuan kami. Tetapi hanya kami berempat je yang dapat hadir, lagi dua orang tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi, aku hanya dapat melepaskan rindu kepada 2org kawan sahaja. ehh knp dua? Bkn sepatutnya tiga ke?? Sebab yang lagi sorang tulah yang sama kos dengan aku di UKM. Hampir setiap waktu kami bersama.  Kami menghabiskan masa dengan berborak berkongsi pengalaman masing-masing di universiti serta membeli belah sedikit barang keperluan. Semoga pada cuti semester akan datang, kita dapat berjumpa lagi.. 

Selasa, 18 Oktober 2016

BESTARI...

Isnin, 17 Oktober 2016, selesai sudah pembentangan dengan berbantukan Microsoft Poweroint iaitu tugasan secara berkumpulan bagi subjek Aplikasi Komputer. Tiada tema atau tajuk yang ditetapkan bagi tugasan ini. Kami diberi kebebasan dari segi pemilihan tajuk.

Nama kumpulan aku ialah Kumpulan Bestari. Terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Elysha, Suh Jing, Di shen dan diriku sendiri. Kami memilih topik Fotografi bagi tugasan kali ini. Topik ini diinspirasikan oleh Di Shen. Topik ini nampak macam mudah tetapi tidak begitu mudah seperti yang disangka.

Namun, Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana masing-masing memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat baik tanpa ada yang curi tulang dan sebagainya. Hasil kerja keras dan usaha gigih kami di samping masih sibuk dengan beberapa program, kami dapat menyiapkannya pada masa yang ditetapkan walaupun tidaklah begitu sempurna kerana masih ada beberapa kekurangan. Segala kesilapan dan kekurangan akan kami perbaiki untuk masa akan datang.

Ohya, lupa nak bagitahu, ahli kumpulan aku untuk subjek ini ialah mereka yang sama-sama sesat dengan aku pada hari pertama kelas iaitu pada 5 September. Tidak sangka, pada awalnya sama-sama sesat dan kini telah menjadi satu kumpulan untuk saling bekerjasama.

Inilah mereka yang sama-sama sesat dulu dan kini jadi satu kumpulan.. :)

Ahad, 16 Oktober 2016

Hari Induksi

Kali ini aku ingin bercerita mengenai Hari Induksi yang diadakan di fakulti aku iaitu FEP. Sebenarnya Hari Induksi ni Rabu yang lepas bersamaan 12 Oktober 2016, tapi hari ini baru berpeluang untuk kongsikan di blog ni.

Apa tujuan program ni diadakan? Hah, tu persoalan pertama yang terlintas di fikiran ku bila dapat tahu tentang program ini. Program ni untuk beri pendedahan awal tentang kelab yang ada di FEP serta mengenai Buku Portfolio Aktiviti. Pelajar kena aktif juga dalam melibatkan diri dengan program-program yang dianjurkan oleh pihak fakulti. Jika markah merit tidak sampai tahap minimum iaitu 10 markah bagi setiap tahun pengajian, pelajar tidak layak bagi pemilihan anugerah-anugerah serta tidak layak untuk pemilihan program pertukaran pelajar keluar negara. Aku berharap agar aku dapat menjadi seorang pelajar yang aktif dalam program tetapi tetap mendapat keputusan yang cemerlang.. 

Terdapat beberapa yang aku rasa bangga dengan mereka, kerana mereka aktif tetapi masih berjaya dalam pelajaran juga. Ini membuktikan bahawa sertai program tidak akan menjejaskan markah exam melainkan diri yang tidak bijak dalam pengurusan masa. Semoga aku dapat uruskan masa dengan baik. Maklumlah, baru semester 1, masih banyak perkara yang perlu ku pelajari tentang pengurusan masa dan sebagainya.. Semoga Berjaya Anis Nadhirah.. :)

Khamis, 6 Oktober 2016

CITRA SUKARELAWAN SOSIAL

Bagi semester ini, aku juga mengambil subjek citra sukarelawan sosial. Kelas citra ini adalah dibawah pimpinan kolej kediaman aku. Pada pendapat aku, kelas citra yang ditubuhkan oleh kolej kediaman aku sangat bagus, kerana kolej aku jauh dari fakulti dan sebagainya, jadi bila ada kelas kenalah naik bas, tetapi untuk kelas citra kolej ni, kelasnya di kolej ku sendiri, jadi mudah untuk kami.

Subjek ini juga tidaklah membebankan malah melatih pelajar untuk tingkatkan kemahiran softskill. Tugasan yang kami dapat ialah, kami perlu lakukan apa2 jenis projek kesukarelawan. Ohya, untuk pengetahuan semua, projek ini secara berkumpulan, jadi tidaklah sukar. Tetapi, sebelum buat projek tersebut, kami perlu kenal pasti apa masalah yang timbul dan apa yang kami akan cuba selesai. Contohnya, sekiranya pelajar mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan, mereka boleh membantu peniaga-peniaga kecil diluar sana dengan membantu mereka dalam meningkatkan hasil jualan. Kadang kala, produk yang mereka hasilkan sangat bagus, tetapi dari segi promosi yang mereka kurang mahir. Jadi, inilah peluang pelajar yang berkemahiran dari segi promosi untuk membantu mereka..

Ahli kumpulan aku seramai 10 orang. Apakah projek yang akan kami lakukan??? Nantikan post yang akan datang kerana buat masa kini, kumpulan saya masih belum fikirkan lagi..

RUMUS VLOOKUP

Terdetik di hati aku untuk kongsikan sesuatu tentang Microsoft Excel. Maklumlah, semenjak belajar Aplikasi Komputer ini, begitu banyak perkara yang baru aku tahu tentang Excel ini. Selama ini, sekadar tahu perkara-perkara asas sahaja. Oleh sebab aku baru belajar, jadi untuk menguatkan lagi ingatan, aku ingin kongsikannya di blog ini.

VLOOKUP....

LANGKAH-LANGKAH UNTUK RUMUS VLOOKUP

CONTOH: MEREKOD GRED MARKAH PELAJAR.

1. Kenalpasti data yang ingin diringkaskan, iaitu Jumlah Markah.


2. Wujudkan jadual baru seperti jadual berwarna hijau di bawah ini.
    *Julat hendaklah disusun dengan susunan menaik.


3. Isikan rumus VLOOKUP pada baris pertama bahagian Gred,
    *Rumus,
         =VLOOKUP(D3,G$5:$H$11,2)
    D3- Koordinat data yang dirujuk iaitu Jumlah Markah.
    G5:H11- Koordinat jadual berwarna hijau.


Kemudian,


4. Selesai



SELAMAT MENCUBA... SEMOGA BERJAYA.. :)





Khamis, 29 September 2016

Iman Umpama Batu di Sungai.

Hari ini, aku berniat untuk kongsikan sesuatu yang aku rasa ianya sangat bermakna jika kita renungkan. Kelmarin, aku telah mengikuti satu organisasi yang dipanggil sebagai Sekretariat Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah. Pada mulanya, aku mengikuti organisasi ini sekadar suka-suka tanpa mengetahui apa tujuan ianya ditubuhkan. Sehinggalah pada waktu perjumpaan terjumpaan segala persoalan telah pun terjawab. Sekretariat ini adalah organisasi yang ditubuhkan bawah pimpinan MEP kolej aku. Ianya bertujuan untuk mengendalikan program-program yang berunsurkan islamik bagi yang muslim dan akhlak bagi yg bukan islam. Terdapat beberapa program yang telah pun mendapat pengesahan daripada pihak atasan. Apakah programnya? Biarlah rahsia kerana masih dalam perancangan dan persiapan. Bagi setiap organisasi pastinya memerlukan jawatan-jawatan khas bagi melancarkan proses kerja. Semasa pemilihan Timbalan Ketua bagi organisasi ini, terdapat 5 orang calon yang terpilih yang perlu memberikan tazkirah pendek dan yang lain perlu mengundi mengikut pilihan masing-masing. Kelima-lima tazkirah yang disampaikan oleh calon, di sini aku tertarik untuk kongsikan satu tazkirah yang disampaikan iaitu:

Iman:
Di sungai terdapat banyak jenis batu, ada yang besar dan kecil. bagi batu yang kecil, ianya mudah terikut dengan air sungai yang deras, tetapi batu yang sangat besar, sederas mana aliran air sungai, batu itu tetap akan berada di tempatnya dan tidak semudah itu untuk beralih ke tempat lain. (Kita umpamakan batu itu ialah iman dan air sungai itu ialah anasir-anasir yang tidak baik.) Begitu juga dengan iman, sekiranya iman kita lemah, kita akan mudah terikut dengan perkara-perkara yang tidak baik, begitulah sebaliknya. Renung-renungkanlah. 

Isnin, 26 September 2016

Projek Citra Teknologi Hijau

Subjek citra ini pula ialah kami ditugaskan untuk membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 10 orang. Projek yang perlu kami lakukan ialah mencipta produk yang berkaitan kelestarian atau teknologi hijau. Bagi kumpulan aku, ada seorang senior dan selebihnya ialah tahun 1 sama seperti ku juga. Kami telah mengambil keputusan untuk menghasilkan kasut tapi ini bukan sebarangan kasut tau dan bukan kasut biasa-biasa. Nama kasut ini ilah Reflexology Shoes Liner. Kasut ini mesra alam dan bagus untuk kesihatan juga kerana kasut ini

Kasut ini secara automatik akan berfungsi apabila ia mengesan haba badan dan tekanan pengguna. Sistem ini dibina berasaskan teknologi hijau yang tidak memerlukan kuasa tenaga elektrik. Itu serba sedikit yang ingin aku kongsikan mengenai projek ini.

Ke semua ahli umpulan aku memberikan kerjasama yang sangat baik dalam proses menyiapkan projek ini. Projek ini akan kami mempersembah dan bentangkan kepada juri pada Hari Inovasi Citra Kolej Keris Mas pada 16 hingga 18 Disember akan datang. Semoga kumpulan kami mendapat markah yang terbaik dan segala gerak kerja berjalan lancar.

Isnin, 19 September 2016

Jadual Oh Jadual

Zaman universiti tidak sama seperti zaman persekolah mahupun matrikulasi. Di universiti, banyak perkara yang perlu uruskan sendiri salah satunya ialah pengurusan jadual waktu kelas.. Kalau di sekolah dahulu, setiap murid akan dapat jadual waktu kelas yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Tetapi di universiti, semuanya kena susun sendiri.

Daftar kursus tidaklah semudah yang disangka kerana setiap kelas mempunyai kuota tertentu,bak kata orang siapa cepat dia dapat. Tepat jam 12.00am pada 5 September 2016, aku log masuk untuk daftar kursus, sedihnya, laman web tidak dapat dicapai. Pada malam tu, aku tidak dapat tidur dengan nyenyaknya kerana asyik terjaga untuk cek laman web sama ada boleh buka ataupun tidak.

Akhirnya, sekitar jam 6am, baru aku boleh mendaftar. Dalam keadaan mengantuk dan tidak begitu segar, aku berjaya untuk susun jadual dan inilah hasilnya:

Inilah jadual waktu kelasku pada Semester 1.


Setakat ini, aku berpuas hati dengan jadual yang aku susun.. Semoga aku dapat mengurus masa dengan baik.. :)

MMM

MMM?? Apa tu?? MMM ialah Minggu Mesra Mahasiswa.. Hurmm, boleh dikatakan macam minggu orentasi lahh.. MMM berlangsung selama 6 hari iaitu bermula pada 28 Ogos 2016 iaitu hari pendaftaran aku sebagai seorang pelajar prasiswazah di universiti yang aku inginkan..Sepanjang MMM banyak pengalaman baru yang aku perolehi.

Universiti Kebangsaan Malaysia..... Di sini lah aku meneruskan pengajian aku...  Aku tidak menyangka bahawa aku akan dapat UKM kerana untuk masuk ke sini tidaklah semudah itu. Kenapa?? sebab nak masuk UKM ni kena lalui temu duga dahulu, untuk program yang aku pohon memerlukan temu duga secara bersemuka. Alhamdulillah, temu duga di UKM, aku dapat lakukan sehabis baik walaupun tidaklah ada sedikit cacat celanya tetapi jika dibandingkan temu duga aku di universiti yang lain, temuduga di UKM aku lakukan dengan lebih baik..Tapi, ini bukan bermakna temu duga aku di universiti lain tersebut dilakukan secara sambil lewa.. 
Kita kembali semula ke kisah MMM.. Tiga hari pertama aku di sini, aku selsema, jadi aku tidak lah begitu semangat semasa aktiviti dijalankan.. Pada hari isnin petang, aku benar-benar tidak larat untuk mengikuti program kerana badan dan kepala terasa semakin panas dan tidak larat untuk berdiri lagi. Akhirnya, pihak Pemudah Cara(PC) membawa aku berehat di bilik BSMM kolej kediaman aku iaitu di Kolej Keris Mas. Subhanallah, para pc MMM tersangatlah baik dan mereka menjalankan tanggungjawab dengan sangat terbaik.. Terima kasih kakak-kakak dan abang-abang PC kerana melancarkan program MMM ini. Tanpa mereka, mungkin kami sukar untuk menyesuaikan diri di UKM ini.

Selain itu, antara perkara yang seronok di sepanjang MMM ialah Perang Dectar. Wah! berdasarkan nama dah rasa macam gempak kan. Perang Dectar ni lawan sorak antara kolej-kolej kediaman. Semasa perang ni, dapat merasakan semangat bekerjasama antara satu sama lain yang begitu dahsyat tanpa mementingkan diri sendiri. Masa ni jugak lah, kita nak menjerit atau bersorak sekuat hati sbb hanya di Perang Dectar sahaja kalian boleh buat sebegitu, kalau waktu lain, mungkin kalian akan di gelar sebagai 'orang gila' sebab bersorak kuat-kuat seorang diri..

Jika diceritakan apa yang seronok sepanjang minggu MMM, rasanya tidak cukup dengan satu artikle.. Begitu banyak pembelajaran dan pengajaran baru yang ku dapat sepanjang minggu tersebut sehingga tidak termampu aku untuk tulis di blog ini. Apapun, ianya satu permulaan yang baik bagiku setelah aku melangkah ke dunia sebagai seorang pelajar prasiswazah.

Ahad, 18 September 2016

8 OGOS 2016

4 bulan aku merehatkan diri setelah menamatkan pengajianku di peringkat matrikulasi iaitu di Kolej Matrikulasi Selangor pada 26 April 2016. Begitu banyak kenangan manisku selama 10 bulan di matrik sehingga menyebabkan aku sukar untuk menerima bahawa zaman matrik telah pun tamat. Namun, apakan daya, perjuangan untuk meraih cita-cita harus diteruskan. 

Boleh dikatakan selama 4 bulan aku hanya menghabiskan masa aku di rumah dan tidak bekerja seperti rakan-rakan seperjuangan ku yang lain. Hampir setiap hari aku memikirkan hala tuju ku yang seterusnya. Aku benar-benar tidak sabar untuk menantikan tarikh keputusan UPU diumumkan terutama berharap agar aku dapat sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di univeriti pilihan pertama aku. Bagi aku, menunggu keputusan UPU saat memeritkan. Haihh..

Akhirnya, tiba juga tarikh 8 Ogos 2016, iaitu tarikh keputusan UPU diumumkan, hari yang sangat-sangat mendebarkan terutama minit-minit terakhir sebelum jam 12 tengahari. Tepat jam 12 tengahari, aku berjaya log masuk ke laman sesawang UPU DAN KEPUTUSANNYA IALAH......

Alhamdulillah, perasaan gembira yang tidak terkata, terlalu bersyukur kerana IMPIAN KU TELAH TERCAPAI... ALHAMDULILLAH.. 

Di manakah universiti yang pihak UPU tawarkan untukku?? Nantikan di artikle yang seterusnya...





Sabtu, 10 September 2016

Pesanan Untuk Anis Nadhirah

Aku ada terbaca satu artikle ini di internet. Jadi, aku ingin kongsikan di sini sebagai rujukan dan pembakar semangat untuk aku dan semua. Di bawah ini merupakan petua pelajar cemerlang. Semua pelajar ingin akan kejayaan yang cemerlang dan terbilang. Tetapi ianya tidak semudah itu..... Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Tetapi, jadikan kegagalan sebagai langkah untuk kita maju ke hadapan lagi bukannya berpatah balik. Jika gagal, kuatkanlah dirimu untuk hadapi kegagalan walaupun ianya tidak semudah itu. Jangan cepat mengalah. Sesungguhnya, kita sebagai pelajar perlu berusaha, doa dan tawakal. Berjaya atau tidak itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Yang penting, kita mampu berusaha sedaya upaya untuk berjaya... Semoga berjaya Anis..:)



35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum
7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri
31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti
35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
40. Pelbagaikan tempat belajar.
41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Selasa, 6 September 2016

SESAT OHHH SESAT

Kisah sesat ni sebenarnya kisah semalam, tetapi baru harini terlintas untuk aku luahkan. Kisah ini berlaku selepas habis kelas aplikasi komputer semalam. Aku dan sahabat baikku,Elysha ingin pergi ke Pusat Pengurusan Akademik tetapi kami tidak tahu di mana. Maklumalah pelajar tahun satu. Kami ada tanya beberapa orang di mana tempat tersebut dan mereka cakap dekat dengan FUU iaitu Fakulti Undang-undang. Selepas itu kami terserempak dengan dua orang pelajar cina yang juga tahun 1 dan ingin ke destinasi yang sama. kami hanya mengikut mereka dengan sangkaan mereka tahu tempat tersebut. Ternyata mereka juga sama seperti aku dan Elysha. Kami sesat dan tidak tahu arah tuju dan ketika itu kami berada di Kolej Pendeta Za'ba. Huh, tinggi juga bukit di situ. penat kami berjalan dan tidak menemukan bas. Akhirnya, pada petang itu kami sesat dan tidak jumpa jalan ke Pusat Pengajian Akademik, jadi kami mengambil keputusan untuk pulang ke kolej masing-masing.

Bagi aku, itu bukan perkara yang menyedihkan atau tekanan. Pada pendapat aku, pelajar baru sesat itu perkara biasa dan aku tetap terhibur juga dengan mereka tadi walaupun sesat. :)

Isnin, 5 September 2016

Aplikasi Komputer

Hari ini merupakan kelas pertama yang aku hadiri setelah masuk ke UKM. Pagi tadi, sepatutnya ada kelas, tetapi ada program berkaitan penerangan citra di dewan kuliah, jadi kelas pagi tadi dibatalkan. Petang, kelas dijalankan seperti biasa. Bagi aku, aku suka subjek ini kerana pada hari pertama telah menarik minat dan semangatku untuk belajar subjek ini. Tambahan pula, pensyarah nya juga aku suka. Pensyarah Aplikasi komputer aku ialah Dr. Zaleha. Reaksi dan cara penyampaiannya mudah untuk aku fahami. Jadi, rasa bertuah juga dapat kelas dengan Dr. Zaleha.

Hah..kalau zaman sekolah, hari pertama kelas macam biasa-biasa. Kalau ada tugasan pun, tugasan yang mudah. Sebaliknya, tugasan untuk subjek ini pada hari pertama kelas ialah membuat blog dan setiap minggu perlu ada 2 post dan pada minggu ke-14 perlu ada 28 post. Hah.... ini memang mengejutkan aku kerana ini juga merupakan cabaran buat aku. Sebab apa?? sebab tak pandai hias blog ke? tak pandai buat blog ke? ehhhh... bukan kerana itu. Alasannya ialah aku ni sukar untuk luahkan dalam media sosial ataupun diari dan sebagainya. Selalunya, kalau ada cerita atau kisah yang menarik atau ada cerita sedih ke aku akan kongsikan dengan ibuku atau pun dengan sahabat baik aku.. Sebagai langkah pertama, aku akan usahakan untuk jadikan blog ni sebagai kawan baik aku juga. Jadi mudahlah kot untuk aku tambah post.

Kesimpulannya, ini merupakan cabaran untuk aku siapkan 28 post pada minggu ke-14. Semoga berjaya Anis.. :)

Haiii....

Assalamualaikum dan Hai.. Okay sebelum aku memulakan cerita tentang aku di blog ini, ingin aku kongsikan sedikit maklumat tentang diri aku iaitu nama ku ialah Anis Nadhirah panggil Anis merupakan anak kelahiran Johor iaitu pada 13 September. 

Aku merupakan pelajar lepasan matrikulasi dan sekarang menyambung pengajianku di UKM iaitu universiti pilihan pertama aku. Terlalu banyak cita-cita yang ingin aku capai dalam hidup ini. Pertama ialah aku ingin menjadi seorang anak yang solehah kepada ibu bapa serta menjadi wanita yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.. Dari aspek kerjaya pula, aku ingin menjadi seorang akauntan forensik yang bertauliah serta mempunyai bakat dalam mengedit video dan gambar serta pandai dalam bidang pembuatan kek dan roti. Aku juga bercita-cita untuk membuka kafe yang kecil tapi nampak menarik atau resort tetapi sekadar sambilan sahaja. Pekerjaan utama memang aku bercita-cita untuk bekerja dalam bidang kewangan terutama untuk menjadi akauntan dalam bidang forensik. Rasanya itu sahaja yang ingin aku kongsikan sempena pembukaan blog ini. :)