Photobucket

Khamis, 29 September 2016

Iman Umpama Batu di Sungai.

Hari ini, aku berniat untuk kongsikan sesuatu yang aku rasa ianya sangat bermakna jika kita renungkan. Kelmarin, aku telah mengikuti satu organisasi yang dipanggil sebagai Sekretariat Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah. Pada mulanya, aku mengikuti organisasi ini sekadar suka-suka tanpa mengetahui apa tujuan ianya ditubuhkan. Sehinggalah pada waktu perjumpaan terjumpaan segala persoalan telah pun terjawab. Sekretariat ini adalah organisasi yang ditubuhkan bawah pimpinan MEP kolej aku. Ianya bertujuan untuk mengendalikan program-program yang berunsurkan islamik bagi yang muslim dan akhlak bagi yg bukan islam. Terdapat beberapa program yang telah pun mendapat pengesahan daripada pihak atasan. Apakah programnya? Biarlah rahsia kerana masih dalam perancangan dan persiapan. Bagi setiap organisasi pastinya memerlukan jawatan-jawatan khas bagi melancarkan proses kerja. Semasa pemilihan Timbalan Ketua bagi organisasi ini, terdapat 5 orang calon yang terpilih yang perlu memberikan tazkirah pendek dan yang lain perlu mengundi mengikut pilihan masing-masing. Kelima-lima tazkirah yang disampaikan oleh calon, di sini aku tertarik untuk kongsikan satu tazkirah yang disampaikan iaitu:

Iman:
Di sungai terdapat banyak jenis batu, ada yang besar dan kecil. bagi batu yang kecil, ianya mudah terikut dengan air sungai yang deras, tetapi batu yang sangat besar, sederas mana aliran air sungai, batu itu tetap akan berada di tempatnya dan tidak semudah itu untuk beralih ke tempat lain. (Kita umpamakan batu itu ialah iman dan air sungai itu ialah anasir-anasir yang tidak baik.) Begitu juga dengan iman, sekiranya iman kita lemah, kita akan mudah terikut dengan perkara-perkara yang tidak baik, begitulah sebaliknya. Renung-renungkanlah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan