Photobucket

Khamis, 29 September 2016

Iman Umpama Batu di Sungai.

Hari ini, aku berniat untuk kongsikan sesuatu yang aku rasa ianya sangat bermakna jika kita renungkan. Kelmarin, aku telah mengikuti satu organisasi yang dipanggil sebagai Sekretariat Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah. Pada mulanya, aku mengikuti organisasi ini sekadar suka-suka tanpa mengetahui apa tujuan ianya ditubuhkan. Sehinggalah pada waktu perjumpaan terjumpaan segala persoalan telah pun terjawab. Sekretariat ini adalah organisasi yang ditubuhkan bawah pimpinan MEP kolej aku. Ianya bertujuan untuk mengendalikan program-program yang berunsurkan islamik bagi yang muslim dan akhlak bagi yg bukan islam. Terdapat beberapa program yang telah pun mendapat pengesahan daripada pihak atasan. Apakah programnya? Biarlah rahsia kerana masih dalam perancangan dan persiapan. Bagi setiap organisasi pastinya memerlukan jawatan-jawatan khas bagi melancarkan proses kerja. Semasa pemilihan Timbalan Ketua bagi organisasi ini, terdapat 5 orang calon yang terpilih yang perlu memberikan tazkirah pendek dan yang lain perlu mengundi mengikut pilihan masing-masing. Kelima-lima tazkirah yang disampaikan oleh calon, di sini aku tertarik untuk kongsikan satu tazkirah yang disampaikan iaitu:

Iman:
Di sungai terdapat banyak jenis batu, ada yang besar dan kecil. bagi batu yang kecil, ianya mudah terikut dengan air sungai yang deras, tetapi batu yang sangat besar, sederas mana aliran air sungai, batu itu tetap akan berada di tempatnya dan tidak semudah itu untuk beralih ke tempat lain. (Kita umpamakan batu itu ialah iman dan air sungai itu ialah anasir-anasir yang tidak baik.) Begitu juga dengan iman, sekiranya iman kita lemah, kita akan mudah terikut dengan perkara-perkara yang tidak baik, begitulah sebaliknya. Renung-renungkanlah. 

Isnin, 26 September 2016

Projek Citra Teknologi Hijau

Subjek citra ini pula ialah kami ditugaskan untuk membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 10 orang. Projek yang perlu kami lakukan ialah mencipta produk yang berkaitan kelestarian atau teknologi hijau. Bagi kumpulan aku, ada seorang senior dan selebihnya ialah tahun 1 sama seperti ku juga. Kami telah mengambil keputusan untuk menghasilkan kasut tapi ini bukan sebarangan kasut tau dan bukan kasut biasa-biasa. Nama kasut ini ilah Reflexology Shoes Liner. Kasut ini mesra alam dan bagus untuk kesihatan juga kerana kasut ini

Kasut ini secara automatik akan berfungsi apabila ia mengesan haba badan dan tekanan pengguna. Sistem ini dibina berasaskan teknologi hijau yang tidak memerlukan kuasa tenaga elektrik. Itu serba sedikit yang ingin aku kongsikan mengenai projek ini.

Ke semua ahli umpulan aku memberikan kerjasama yang sangat baik dalam proses menyiapkan projek ini. Projek ini akan kami mempersembah dan bentangkan kepada juri pada Hari Inovasi Citra Kolej Keris Mas pada 16 hingga 18 Disember akan datang. Semoga kumpulan kami mendapat markah yang terbaik dan segala gerak kerja berjalan lancar.

Isnin, 19 September 2016

Jadual Oh Jadual

Zaman universiti tidak sama seperti zaman persekolah mahupun matrikulasi. Di universiti, banyak perkara yang perlu uruskan sendiri salah satunya ialah pengurusan jadual waktu kelas.. Kalau di sekolah dahulu, setiap murid akan dapat jadual waktu kelas yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Tetapi di universiti, semuanya kena susun sendiri.

Daftar kursus tidaklah semudah yang disangka kerana setiap kelas mempunyai kuota tertentu,bak kata orang siapa cepat dia dapat. Tepat jam 12.00am pada 5 September 2016, aku log masuk untuk daftar kursus, sedihnya, laman web tidak dapat dicapai. Pada malam tu, aku tidak dapat tidur dengan nyenyaknya kerana asyik terjaga untuk cek laman web sama ada boleh buka ataupun tidak.

Akhirnya, sekitar jam 6am, baru aku boleh mendaftar. Dalam keadaan mengantuk dan tidak begitu segar, aku berjaya untuk susun jadual dan inilah hasilnya:

Inilah jadual waktu kelasku pada Semester 1.


Setakat ini, aku berpuas hati dengan jadual yang aku susun.. Semoga aku dapat mengurus masa dengan baik.. :)

MMM

MMM?? Apa tu?? MMM ialah Minggu Mesra Mahasiswa.. Hurmm, boleh dikatakan macam minggu orentasi lahh.. MMM berlangsung selama 6 hari iaitu bermula pada 28 Ogos 2016 iaitu hari pendaftaran aku sebagai seorang pelajar prasiswazah di universiti yang aku inginkan..Sepanjang MMM banyak pengalaman baru yang aku perolehi.

Universiti Kebangsaan Malaysia..... Di sini lah aku meneruskan pengajian aku...  Aku tidak menyangka bahawa aku akan dapat UKM kerana untuk masuk ke sini tidaklah semudah itu. Kenapa?? sebab nak masuk UKM ni kena lalui temu duga dahulu, untuk program yang aku pohon memerlukan temu duga secara bersemuka. Alhamdulillah, temu duga di UKM, aku dapat lakukan sehabis baik walaupun tidaklah ada sedikit cacat celanya tetapi jika dibandingkan temu duga aku di universiti yang lain, temuduga di UKM aku lakukan dengan lebih baik..Tapi, ini bukan bermakna temu duga aku di universiti lain tersebut dilakukan secara sambil lewa.. 
Kita kembali semula ke kisah MMM.. Tiga hari pertama aku di sini, aku selsema, jadi aku tidak lah begitu semangat semasa aktiviti dijalankan.. Pada hari isnin petang, aku benar-benar tidak larat untuk mengikuti program kerana badan dan kepala terasa semakin panas dan tidak larat untuk berdiri lagi. Akhirnya, pihak Pemudah Cara(PC) membawa aku berehat di bilik BSMM kolej kediaman aku iaitu di Kolej Keris Mas. Subhanallah, para pc MMM tersangatlah baik dan mereka menjalankan tanggungjawab dengan sangat terbaik.. Terima kasih kakak-kakak dan abang-abang PC kerana melancarkan program MMM ini. Tanpa mereka, mungkin kami sukar untuk menyesuaikan diri di UKM ini.

Selain itu, antara perkara yang seronok di sepanjang MMM ialah Perang Dectar. Wah! berdasarkan nama dah rasa macam gempak kan. Perang Dectar ni lawan sorak antara kolej-kolej kediaman. Semasa perang ni, dapat merasakan semangat bekerjasama antara satu sama lain yang begitu dahsyat tanpa mementingkan diri sendiri. Masa ni jugak lah, kita nak menjerit atau bersorak sekuat hati sbb hanya di Perang Dectar sahaja kalian boleh buat sebegitu, kalau waktu lain, mungkin kalian akan di gelar sebagai 'orang gila' sebab bersorak kuat-kuat seorang diri..

Jika diceritakan apa yang seronok sepanjang minggu MMM, rasanya tidak cukup dengan satu artikle.. Begitu banyak pembelajaran dan pengajaran baru yang ku dapat sepanjang minggu tersebut sehingga tidak termampu aku untuk tulis di blog ini. Apapun, ianya satu permulaan yang baik bagiku setelah aku melangkah ke dunia sebagai seorang pelajar prasiswazah.

Ahad, 18 September 2016

8 OGOS 2016

4 bulan aku merehatkan diri setelah menamatkan pengajianku di peringkat matrikulasi iaitu di Kolej Matrikulasi Selangor pada 26 April 2016. Begitu banyak kenangan manisku selama 10 bulan di matrik sehingga menyebabkan aku sukar untuk menerima bahawa zaman matrik telah pun tamat. Namun, apakan daya, perjuangan untuk meraih cita-cita harus diteruskan. 

Boleh dikatakan selama 4 bulan aku hanya menghabiskan masa aku di rumah dan tidak bekerja seperti rakan-rakan seperjuangan ku yang lain. Hampir setiap hari aku memikirkan hala tuju ku yang seterusnya. Aku benar-benar tidak sabar untuk menantikan tarikh keputusan UPU diumumkan terutama berharap agar aku dapat sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di univeriti pilihan pertama aku. Bagi aku, menunggu keputusan UPU saat memeritkan. Haihh..

Akhirnya, tiba juga tarikh 8 Ogos 2016, iaitu tarikh keputusan UPU diumumkan, hari yang sangat-sangat mendebarkan terutama minit-minit terakhir sebelum jam 12 tengahari. Tepat jam 12 tengahari, aku berjaya log masuk ke laman sesawang UPU DAN KEPUTUSANNYA IALAH......

Alhamdulillah, perasaan gembira yang tidak terkata, terlalu bersyukur kerana IMPIAN KU TELAH TERCAPAI... ALHAMDULILLAH.. 

Di manakah universiti yang pihak UPU tawarkan untukku?? Nantikan di artikle yang seterusnya...





Sabtu, 10 September 2016

Pesanan Untuk Anis Nadhirah

Aku ada terbaca satu artikle ini di internet. Jadi, aku ingin kongsikan di sini sebagai rujukan dan pembakar semangat untuk aku dan semua. Di bawah ini merupakan petua pelajar cemerlang. Semua pelajar ingin akan kejayaan yang cemerlang dan terbilang. Tetapi ianya tidak semudah itu..... Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Tetapi, jadikan kegagalan sebagai langkah untuk kita maju ke hadapan lagi bukannya berpatah balik. Jika gagal, kuatkanlah dirimu untuk hadapi kegagalan walaupun ianya tidak semudah itu. Jangan cepat mengalah. Sesungguhnya, kita sebagai pelajar perlu berusaha, doa dan tawakal. Berjaya atau tidak itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Yang penting, kita mampu berusaha sedaya upaya untuk berjaya... Semoga berjaya Anis..:)



35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum
7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri
31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti
35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
40. Pelbagaikan tempat belajar.
41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Selasa, 6 September 2016

SESAT OHHH SESAT

Kisah sesat ni sebenarnya kisah semalam, tetapi baru harini terlintas untuk aku luahkan. Kisah ini berlaku selepas habis kelas aplikasi komputer semalam. Aku dan sahabat baikku,Elysha ingin pergi ke Pusat Pengurusan Akademik tetapi kami tidak tahu di mana. Maklumalah pelajar tahun satu. Kami ada tanya beberapa orang di mana tempat tersebut dan mereka cakap dekat dengan FUU iaitu Fakulti Undang-undang. Selepas itu kami terserempak dengan dua orang pelajar cina yang juga tahun 1 dan ingin ke destinasi yang sama. kami hanya mengikut mereka dengan sangkaan mereka tahu tempat tersebut. Ternyata mereka juga sama seperti aku dan Elysha. Kami sesat dan tidak tahu arah tuju dan ketika itu kami berada di Kolej Pendeta Za'ba. Huh, tinggi juga bukit di situ. penat kami berjalan dan tidak menemukan bas. Akhirnya, pada petang itu kami sesat dan tidak jumpa jalan ke Pusat Pengajian Akademik, jadi kami mengambil keputusan untuk pulang ke kolej masing-masing.

Bagi aku, itu bukan perkara yang menyedihkan atau tekanan. Pada pendapat aku, pelajar baru sesat itu perkara biasa dan aku tetap terhibur juga dengan mereka tadi walaupun sesat. :)

Isnin, 5 September 2016

Aplikasi Komputer

Hari ini merupakan kelas pertama yang aku hadiri setelah masuk ke UKM. Pagi tadi, sepatutnya ada kelas, tetapi ada program berkaitan penerangan citra di dewan kuliah, jadi kelas pagi tadi dibatalkan. Petang, kelas dijalankan seperti biasa. Bagi aku, aku suka subjek ini kerana pada hari pertama telah menarik minat dan semangatku untuk belajar subjek ini. Tambahan pula, pensyarah nya juga aku suka. Pensyarah Aplikasi komputer aku ialah Dr. Zaleha. Reaksi dan cara penyampaiannya mudah untuk aku fahami. Jadi, rasa bertuah juga dapat kelas dengan Dr. Zaleha.

Hah..kalau zaman sekolah, hari pertama kelas macam biasa-biasa. Kalau ada tugasan pun, tugasan yang mudah. Sebaliknya, tugasan untuk subjek ini pada hari pertama kelas ialah membuat blog dan setiap minggu perlu ada 2 post dan pada minggu ke-14 perlu ada 28 post. Hah.... ini memang mengejutkan aku kerana ini juga merupakan cabaran buat aku. Sebab apa?? sebab tak pandai hias blog ke? tak pandai buat blog ke? ehhhh... bukan kerana itu. Alasannya ialah aku ni sukar untuk luahkan dalam media sosial ataupun diari dan sebagainya. Selalunya, kalau ada cerita atau kisah yang menarik atau ada cerita sedih ke aku akan kongsikan dengan ibuku atau pun dengan sahabat baik aku.. Sebagai langkah pertama, aku akan usahakan untuk jadikan blog ni sebagai kawan baik aku juga. Jadi mudahlah kot untuk aku tambah post.

Kesimpulannya, ini merupakan cabaran untuk aku siapkan 28 post pada minggu ke-14. Semoga berjaya Anis.. :)

Haiii....

Assalamualaikum dan Hai.. Okay sebelum aku memulakan cerita tentang aku di blog ini, ingin aku kongsikan sedikit maklumat tentang diri aku iaitu nama ku ialah Anis Nadhirah panggil Anis merupakan anak kelahiran Johor iaitu pada 13 September. 

Aku merupakan pelajar lepasan matrikulasi dan sekarang menyambung pengajianku di UKM iaitu universiti pilihan pertama aku. Terlalu banyak cita-cita yang ingin aku capai dalam hidup ini. Pertama ialah aku ingin menjadi seorang anak yang solehah kepada ibu bapa serta menjadi wanita yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.. Dari aspek kerjaya pula, aku ingin menjadi seorang akauntan forensik yang bertauliah serta mempunyai bakat dalam mengedit video dan gambar serta pandai dalam bidang pembuatan kek dan roti. Aku juga bercita-cita untuk membuka kafe yang kecil tapi nampak menarik atau resort tetapi sekadar sambilan sahaja. Pekerjaan utama memang aku bercita-cita untuk bekerja dalam bidang kewangan terutama untuk menjadi akauntan dalam bidang forensik. Rasanya itu sahaja yang ingin aku kongsikan sempena pembukaan blog ini. :)