Photobucket

Ahad, 30 Oktober 2016

KEJUTAN BUDAYA

Hampir 2 bulan aku berada di UKM, pada pendapat aku setakat ini semuanya okay, tetapi adakah tanggapan aku itu benar ataupun sekadar khayalan???

Apa pula yang dimaksudkan dengan kejutan budaya? Berdasarkan apa yang aku baca di blog-blog yang lain, kejutan budaya dalam kalangan pelajar ini ialah perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar. Kejutan budaya yang mendadak menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri mereka sehingga boleh menjejaskan pretasi.

Melalui ayat tersebut, pada pandangan aku, aku telah kena jangkitan kejutan budaya. Mengapa? kerana waktu pembelajaran kendiri aku tidak sama lagi seperti zaman matrik dahulu. Semasa di matrik, boleh dikatakan masa aku banyak dihabiskan dengan siapkan tugasan dan ulangkaji. Tetapi, di universiti, berbeza. Masih ada waktu untuk pembelajaran kendiri tetapi tidak segigih masa zaman matrik.

Seperti yang kita ketahui, U dan matrik adalah sangat berbeza. Jadi tidak semestinya pengurusan masa di U kena sama di dengan matrik. Inilah cabaran seorang mahasiswa, iaitu Pengurusan Masa yang efektif. Jadi, aku pun beranggapan mungkin juga aku tidak terkena kejutan budaya. Tetapi, semasa program Hari Induksi, Presiden PMFEP berkata, "jika anda berasa anda tidak terkena kejutan budaya, bermakna anda telah mengalami kejutan budaya", ayatnya lebih kurang begitu. Hurmmm. Jadi, adakah aku mengalami kejutan budaya?? Masih tidak dapat jawpan.

Namun, setiap hari aku sentiasa berusaha untuk perbaiki segala kesilapan serta sentiasa mempelajari menguruskan masa dengan baik. Ujian pertengahan dan akhir, tidak lama lagi bakal tiba. Semoga aku dapat jawab dengan baik dan mendapat keputusan yang terbaik dan semoga segala ilmu yang telah ku pelajari dapat ku aplikasikannya ke dalam kehidupan.. SEMOGA BERJAYA ANIS!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan