Photobucket

Ahad, 13 November 2016

GENG MEDIA

Video...... untuk edit tidak semudah itu.

Penghasilan video memakan tempoh yang agak lama dan boleh dikatakan rumit juga walaupun hanya video yang berdurasi sekitar 3 minit. Hasilnya video hanya 3minit tetapi disebalik tabir kisah video berdurasi 3 minit tersebut mesti mempunyai cabaran, kecuali ianya hanya sekadar video yang simple.

Aku amat meminati video jenis trailer,montaj atau gimik yang mana ianya hanya tempoh yang begitu kejap tetapi memberi impak yang sangat mendalam. Aku didedahkan dalam dunia pengeditan video ketika berumur 16 tahun, di mana pada ketika itu aku mempelajari subjek ICT dan telah menjadi ajk untuk menghasilkan video tayangan untuk hari graduasi bagi pelajar tingkatan 5. Pada ketika ini, aku mula rasa suka terhadap pengeditan video.

Namun, minat ku ini tidak ku usahakan sepenuhnya jiwa dan raga untuk belajar. Aku minat edit video tetapi aku masih belum pakar atau masih tidak bersungguh-sungguh untuk belajar. Maklumlah, software bagi video editing, aku masih belum ada, jadi minatku sekadar belajar benda asas sahaja. Masih belum dapat nak edit video yang epic dan menarik.

Selepas tamat tingkatan 5, aku ada juga mencari kursus-kursus atau kelas untuk belajar edit video, tetapi kebanyakkannya mahal dan jauh dari rumah. Ianya agak sukar bagiku. Pada ketika itu, aku hanya berharap agar apabila di universiti nanti aku dapat mempelajari edit video melalui penyertaan kelab-kelab berkaitan multimedia ini.

Alhamdulillah, setelah hampir 3bulan di sini, aku telah memohon Geng Media di bawah PMFEP di fakulti aku dan telah terpilih. Aku amat berasa bersyukur kerana aku yakin dengan penyertaan dalam geng media ini dapat membantu aku untuk mempelajari lebih mendalam tentang dunia pengeditan video. Kelmarin aku telah dapat software photoshop, cyberlink power director dan sony vegas daripada salah seorang senior dalam pimpinan Geng Media ini secara percuma. Jadi, lepas ini, aku akan berusaha untuk belajar lebih mendalam tentang software tersebut. Semoga impian ku untuk berjaya dalam bidang pengeditan ini tercapai agar dapat menambahkan kemahiran sampingan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan