Photobucket

Selasa, 29 November 2016

Kelas Tusyen Permata Negara

Setelah berbincang bersama felo dan ahli kumpulan, kami membuat keputusan untuk membuka kelas tusyen secara percuma bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris kepada pelajar yang tidak mahir dalam subjek tersebut dan terdiri daripada keluarga yang susah.

Setelah berminggu-minggu selepas perjumpaan kali kedua iaitu pada 4/11/216, Jumaat(25 Nov) kami putuskan untuk pergi pada 3 dan 4 Disember 2016. Kami bukan sengaja untuk melambat-lambatkan, tetapi hanya tarikh ini sahaja yang kami free. Untuk pengetahuan anda, ahli kumpulan saya ialah 14 org iaitu tambah 4 org ahli baru. Yeahhh. Lagi meriah kumpulan kami. Haha..  Setakat ini, kami rancang untuk belajar dan juga bermain, iaitu, pada hari Sabtu(3 Dis) ialah belajar dan sedikit permainan yang berkaitan dengan pembelajaran. Pada hari Ahad pula ialah bermain sepenuhnya. 

Masalah kami sekarang ialah lokasi sahaja. Beberapa ahli kumpulan kami, telah membuat survey sekitar Bangi. Alhamdulillah, kami telah mendapat kerjasama dengan sebuah kampung di kawasan Bangi. Hanya tinggal menunggu respon jumlah pelajar yg boleh sertai sahaja.

Namun, berita sedihnya ialah pada hari ini, baru seorang pelajar yang respon untuk sertai kerana kebanyakkan pelajar sudah ada program bersama keluarga, maklumlah cuti sekolah sudah pun bermula.. Jadi, apakah projek yang bakal kami lakukan??? Nantikan....

Jumaat, 18 November 2016

DITUNDA

Program pelancara Uni Clean ditunda pada bulan Februari 2017, huhu.lama lagi kan. Tetapi bersyukur juga kerana masih banyak lagi persiapan yang belum selesai. Masa begitu suntuk juga tambahan pula aku pun tidak mahir dalam membuat poster, banner dan sebagainya. Jadi memang memerlukan masa sedikit untuk siapkan semua ini. 

Ohya, untuk jawatankuasa program ini bahagian Media dan Publisiti, ajk nya seramai 4 orang sahaja dan semuanya ialah pelajar tahun 1. Tetapi, kami telah menerima seorang ajk baharu iaitu pelajar tahun 3 yang mahir dalam bidang editing ini. Jadi kerja kami menjadi lebih mudah kerana adanya dia untuk membantu kami.. Jadi, selama hampir 2 bulan sebelum tibanya bulan Februari tahun hadapan, adalah proses kami untuk kami belajar tentang multimedia ini. #doakankamiberjaya

Ahad, 13 November 2016

GENG MEDIA

Video...... untuk edit tidak semudah itu.

Penghasilan video memakan tempoh yang agak lama dan boleh dikatakan rumit juga walaupun hanya video yang berdurasi sekitar 3 minit. Hasilnya video hanya 3minit tetapi disebalik tabir kisah video berdurasi 3 minit tersebut mesti mempunyai cabaran, kecuali ianya hanya sekadar video yang simple.

Aku amat meminati video jenis trailer,montaj atau gimik yang mana ianya hanya tempoh yang begitu kejap tetapi memberi impak yang sangat mendalam. Aku didedahkan dalam dunia pengeditan video ketika berumur 16 tahun, di mana pada ketika itu aku mempelajari subjek ICT dan telah menjadi ajk untuk menghasilkan video tayangan untuk hari graduasi bagi pelajar tingkatan 5. Pada ketika ini, aku mula rasa suka terhadap pengeditan video.

Namun, minat ku ini tidak ku usahakan sepenuhnya jiwa dan raga untuk belajar. Aku minat edit video tetapi aku masih belum pakar atau masih tidak bersungguh-sungguh untuk belajar. Maklumlah, software bagi video editing, aku masih belum ada, jadi minatku sekadar belajar benda asas sahaja. Masih belum dapat nak edit video yang epic dan menarik.

Selepas tamat tingkatan 5, aku ada juga mencari kursus-kursus atau kelas untuk belajar edit video, tetapi kebanyakkannya mahal dan jauh dari rumah. Ianya agak sukar bagiku. Pada ketika itu, aku hanya berharap agar apabila di universiti nanti aku dapat mempelajari edit video melalui penyertaan kelab-kelab berkaitan multimedia ini.

Alhamdulillah, setelah hampir 3bulan di sini, aku telah memohon Geng Media di bawah PMFEP di fakulti aku dan telah terpilih. Aku amat berasa bersyukur kerana aku yakin dengan penyertaan dalam geng media ini dapat membantu aku untuk mempelajari lebih mendalam tentang dunia pengeditan video. Kelmarin aku telah dapat software photoshop, cyberlink power director dan sony vegas daripada salah seorang senior dalam pimpinan Geng Media ini secara percuma. Jadi, lepas ini, aku akan berusaha untuk belajar lebih mendalam tentang software tersebut. Semoga impian ku untuk berjaya dalam bidang pengeditan ini tercapai agar dapat menambahkan kemahiran sampingan.


3 DALAM 1

Hah, sudah tiba 13Nov, Eh tapi bukan sepatutnya 4 Dalam 1 ke? knp 3 dalam 1? Sebab, Alhamdulillah, aku dapat menghadiri 3 perkara dan tidak sama seperti yang aku rancang. Allah SWT telah permudahkan segalanya, memang benar, manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukannya.
Pada pagi itu, aku bersiap dengan rapinya untuk pergi ke lawatan citra.  Lawatan citra aku hanya sekitar kolej aku sahaja iaitu melawat tasik yang berada di belakang blok lelaki, tempat pemprosesan air tube well dan juga tong sampah bawah tanah. Lawatan ini telah habis awal iaitu sekitar jam 9 lebih macam tu dan kumpulan mikro aku masih belum pergi ke pasar. Jadi aku telah mengambil keputusan untuk ikut mereka sekali.

Sekitar jam 11am, kereta sewa telah pun kami dapat, tetapi yang mengecewakan kami ialah kami sewa kereta proton saga tetapi dapat kereta yang kecil ala-ala myvi gitu(aku lupa nama kereta itu). Jadi kami naiklah kereta tersebut dengan keadaan yang agak sempit. Kami menuju ke lokasi pertama iaitu di Pasar Basah Seksyen 1 Bangi. Setelah selesai urusan di situ, perkara yang mengejutkan kami ialah kereta tersebut minyak kuat bak kata bahasa pasar. Jadi, kami mengambil keputusan untuk pulang semula ke UKM untuk tukar kereta lain, kerana kalau tidak tukar, mau tinggi kos perbelanjaan sbb kami ingin Pasar Shah Alam. Sementara menunggu proses kereta sewa yang lain, aku telah pergi untuk sesi bergambar bagi Geng Media. Jadi sempatlah untuk aku pergi ke 3 aktiviti tersebut. Selepas selasai sesi bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Pasar Shah Alam. Alhamdulillah, tugasan kami di lapangan dapat dilakukan dengan baik. Aku cuma tidak sempat untuk hadir ke Hari Interaksi Uni Clean sahaja.

Inilah kumpulan mikro aku yang ceria-ceria belaka. :)

Sabtu, 12 November 2016

4 DALAM 1

13 November, boleh dikatakan antara hari yang sibuk sikit kot, tapi sebenarnya bukannya sibuk sangat pun, sekadar ada 4 perkara yang perlu aku hadir pada hari yang sama dan waktu yang hampir sama. Ssejujurnya,aku hampir juga buntu untuk agihkan masa dan juga hampir sangat-sangat kecewa. Akhirnya, aku terpaksa untuk membatalkan perjanjianku dengan kumpulan mikro aku untuk siapkan tugasan di pasar.  Walaupun, ianya amat penting untuk aku ambil video dan gambar salah satu bahan untuk kajian bagi subjek Mikroekonomi, tapi apakan daya, aku juga perlu menghadirkan diri ke Lawatan Citra Teknologi hijau yang mana kehadiran sebanyak 10 markah. Jika aku tidak pergi, aku akan kehilangan 10 markah. Lawatan ini ialah pada jam 8am-12pm dan kumpulan aku pergi ke pasar sekitar jam 10am.  Aku sedih kerana tidak dapat ikut mereka ke pasar basah.

Lagi 2 program yang aku perlu hadir ialah Hari interaksi bagi jawatankuasa Uni Clean iaitu pada jam 8.30-3pm.  Aku telah rancang untuk pergi lepas zohor. sekurang-kurangnya, aku dapat jugalah hadir daripada tidak hadir langsung kan. Perkara terakhir yang aku perlu hadir ialah sesi bergambar bagi Geng Media untuk Program Future Graduate. Oleh sebab itu, aku mengambil keputusan untuk tidak mengikut mereka ke pasar, sekurang-kurangnya aku dapat hadiri 3 perkara. Sekiranya, aku ikut mereka ke pasar, aku hanya dapat hadir 1 perkara sahaja. Hurm, esok merupakan 13Nov, aku hanya mengharapkan agar semuanya berjalan lancar.  Nantikan post aku pada esok hari.

Rabu, 9 November 2016

UNI CLEAN

Hari ini merupakan mesyuarat kali pertama bagi Jawatankuasa Uni Clean iaitu di Bilik Gerakan HEPA(Pusanika aras 6). Sejujurnya aku amat berdebar untuk pergi ke mesyuarat ini kerana program ini dibawah MPP, jadi mesti ramai senior, tambahan pula, kawan karib ku, Elysha tidak dapat menghadirkan diri kerana ada kelas citra. Jadi, terpaksalah aku pergi seorang diri. Setelah sampai, alhamdulillah, aku dapat menyuaikan diri dan ajk program ini juga semuanya peramah dan baik-baik belaka. Aku memegang jawatan bahagian Publisiti dan Media. Hah, aku memang minat dalam bidang ini walaupun masih belum mahir dalam mengedit video dan gambar. Tapi, kenapa aku masih pilih jawatan bahagian Publisiti dan media kalau aku tidak mahir lagi. Sebab, aku nak gunakan peluang ini untuk aku belajar dan tambah kemahiran dalam diri, biarpun susah, asalkan aku dapat ilmu baru sekaligus aku dapat penuhi minat terdapat dunia multimedia ini. Sebenarnya, aku lebih suka edit video berbanding gambar. Kadang-kadang aku mudah tersentuh atau menangis dengan hanya melihat video teaser ataupun trailer disebabkan latar belakang muzik video tersebut terutama muzik yang epik atau yang membakar semangat.

Program ini adalah salah satu usaha UKM untuk menjadi sebuah universiti yang lestari. Program ini mengenai apa sebenarnya?? Mesti anda tertanya-tanyakan? Matlamat utama Uni Clean ialah sifar plastik bag, penanaman semula pokok dan juga penambahan bilangan tong sampah. Hah, untuk tahu lebih lanjut kenalah datang pada 25 November 2016 iaitu majlis perasmian bagi program ini. Jumpa anda di sana.. :)