Photobucket

Isnin, 19 September 2016

MMM

MMM?? Apa tu?? MMM ialah Minggu Mesra Mahasiswa.. Hurmm, boleh dikatakan macam minggu orentasi lahh.. MMM berlangsung selama 6 hari iaitu bermula pada 28 Ogos 2016 iaitu hari pendaftaran aku sebagai seorang pelajar prasiswazah di universiti yang aku inginkan..Sepanjang MMM banyak pengalaman baru yang aku perolehi.

Universiti Kebangsaan Malaysia..... Di sini lah aku meneruskan pengajian aku...  Aku tidak menyangka bahawa aku akan dapat UKM kerana untuk masuk ke sini tidaklah semudah itu. Kenapa?? sebab nak masuk UKM ni kena lalui temu duga dahulu, untuk program yang aku pohon memerlukan temu duga secara bersemuka. Alhamdulillah, temu duga di UKM, aku dapat lakukan sehabis baik walaupun tidaklah ada sedikit cacat celanya tetapi jika dibandingkan temu duga aku di universiti yang lain, temuduga di UKM aku lakukan dengan lebih baik..Tapi, ini bukan bermakna temu duga aku di universiti lain tersebut dilakukan secara sambil lewa.. 
Kita kembali semula ke kisah MMM.. Tiga hari pertama aku di sini, aku selsema, jadi aku tidak lah begitu semangat semasa aktiviti dijalankan.. Pada hari isnin petang, aku benar-benar tidak larat untuk mengikuti program kerana badan dan kepala terasa semakin panas dan tidak larat untuk berdiri lagi. Akhirnya, pihak Pemudah Cara(PC) membawa aku berehat di bilik BSMM kolej kediaman aku iaitu di Kolej Keris Mas. Subhanallah, para pc MMM tersangatlah baik dan mereka menjalankan tanggungjawab dengan sangat terbaik.. Terima kasih kakak-kakak dan abang-abang PC kerana melancarkan program MMM ini. Tanpa mereka, mungkin kami sukar untuk menyesuaikan diri di UKM ini.

Selain itu, antara perkara yang seronok di sepanjang MMM ialah Perang Dectar. Wah! berdasarkan nama dah rasa macam gempak kan. Perang Dectar ni lawan sorak antara kolej-kolej kediaman. Semasa perang ni, dapat merasakan semangat bekerjasama antara satu sama lain yang begitu dahsyat tanpa mementingkan diri sendiri. Masa ni jugak lah, kita nak menjerit atau bersorak sekuat hati sbb hanya di Perang Dectar sahaja kalian boleh buat sebegitu, kalau waktu lain, mungkin kalian akan di gelar sebagai 'orang gila' sebab bersorak kuat-kuat seorang diri..

Jika diceritakan apa yang seronok sepanjang minggu MMM, rasanya tidak cukup dengan satu artikle.. Begitu banyak pembelajaran dan pengajaran baru yang ku dapat sepanjang minggu tersebut sehingga tidak termampu aku untuk tulis di blog ini. Apapun, ianya satu permulaan yang baik bagiku setelah aku melangkah ke dunia sebagai seorang pelajar prasiswazah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan