4 bulan aku
merehatkan diri setelah menamatkan pengajianku di peringkat matrikulasi iaitu
di Kolej Matrikulasi Selangor pada 26 April 2016. Begitu banyak kenangan
manisku selama 10 bulan di matrik sehingga menyebabkan aku sukar untuk menerima
bahawa zaman matrik telah pun tamat. Namun, apakan daya, perjuangan untuk
meraih cita-cita harus diteruskan.
Boleh dikatakan
selama 4 bulan aku hanya menghabiskan masa aku di rumah dan tidak bekerja seperti
rakan-rakan seperjuangan ku yang lain. Hampir setiap hari aku memikirkan hala
tuju ku yang seterusnya. Aku benar-benar tidak sabar untuk menantikan tarikh
keputusan UPU diumumkan terutama berharap agar aku dapat sambung belajar ke
peringkat Ijazah Sarjana Muda di univeriti pilihan pertama aku. Bagi aku,
menunggu keputusan UPU saat memeritkan. Haihh..
Akhirnya, tiba
juga tarikh 8 Ogos 2016, iaitu tarikh keputusan UPU diumumkan, hari yang
sangat-sangat mendebarkan terutama minit-minit terakhir sebelum jam 12
tengahari. Tepat jam 12 tengahari, aku berjaya log masuk ke laman sesawang UPU
DAN KEPUTUSANNYA IALAH......
Alhamdulillah,
perasaan gembira yang tidak terkata, terlalu bersyukur kerana IMPIAN KU TELAH
TERCAPAI... ALHAMDULILLAH..
Di manakah universiti yang pihak UPU tawarkan untukku?? Nantikan di artikle yang seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan