Photobucket

Jumaat, 16 Disember 2016

Penghujung Sem 1

Minggu ni merupakan minggu terakhir kelas, dan minggu depan ialah minggu ulangkaji. Begitu cepat masa berlalu. Pelbagai kisah suka dan duka sepanjang hampir 4 bulan aku berada di UKM ini. Ehhh, rasanya kisah duka tidak ada lagi kot, yang ada kisah suka dan kadang-kadang kisah bingung iaitu tak tahu rasa apa. hahaha. Setakat ini, aku memang gembira, bersyukur serta berasa bertuah berada di UKM ini. Tetapi perkara yang paling aku risaukan sekarang ialah peperikasaan akhir semester ini yang akan bermula pada 27 Disember 2016. Aku ada masa lebih kurang seminggu mcm tu je. Terlalu risau kerana keputusan ini ialah penentu sama ada aku layak untuk masuk kos akaun ataupun tidak.

Sejujurnya, aku memang nak sangat untuk masuk kos akaun sebab cita-cita aku untuk jangka pendek ialah untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Sekiranya, ada rezeki aku untuk ke akaun, dapatlah. Sekiranya tidak dapat, mungkin ada yang lebih baik untuk aku.

Kesimpulan yang aku dapat simpulkan pada penghujung sem ini ialah aku perlu perbaiki lagi diri aku untuk jadi lebih baik terutama dari segi pengurusan masa. Dari segi kewangan, setakat ini Alhamdulillah, belanjawan aku masih berjaya diamalkan. Pendek kata, permulaan kehidupan di UKM yang sangat baik. Segala kekurangan serta kesilapan yang aku lakukan pada sem 1 ini, akan ku cuba untuk perbaiki supaya menjadi lebih baik.  :) 

Khamis, 15 Disember 2016

KARSUFEP

Semester 1 sudah hampir ke penghujungnya. Tadi, aku pergi ke mesyuarat KARSUFEP 2.0 untuk kali pertama. Alhamdulillah, aku telah dipilih sebagai ajk bagi karnival ini dan memegang ajk dalam bahagian publisiti setelah berjaya di peringat temu duga. Masa temuduga aku adalah memaklumkan bahawa aku memang minat bidang ini tetapi tidak mahir dan masih dalam proses pembelajaran. Jadi peluang aku untuk belajar dalam bidang ini menjadi lebih luas. Ohya, lupa bagitahu, kalian mesti tertanya-tanya apa itu KARSUFEP kan? KARSUFEP ialah Karnival Sukan Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan. KARSUFEP akan berlangsung pada 16-19Mac 2017. Hah, lama lagi kan. Tapi, okaylah, sekurang-kurangnya tidak lah membuat persiapan di saat-saat akhir. Semoga segala perancangan dan gerak kerja menjadi lebih mudah. 

Sebenarnya, malam ini juga ada solat hajat sempena pembukaan surau FEP selepas diubah suai serta untuk peperiksaan akhir semester. Tetapi aku tidak dapat untuk hadirkan diri kerana pergi ke mesyuarat tersebut. Rasa tak sabar nak tengok suasana surau FEP yang baru. :)

Rabu, 7 Disember 2016

KISAH KARNIVAL MIKROEKONOMI 2

Video kami tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya. Ternyata, video persembahan dan video pembentangan adalah slot yang berlainan. Video kumpulan ku telah menggabungkan kedua-dua video tersebut. Perkara ini amat mengejutkan kami, kerana kami dimaklumkan dengan info yang berbeza, mungkin berlaku sedikit salah faham. Kami hampir buntu dan kecewa memikirkan hal ini. Akhirnya, kami telah memutuskan video persembahan ialah video yang kami di lokasi kajian, manakala video pembentangan kami gunakan video yang asal walaupun masanya lebih daripada yang diperuntukkan.  Apabila berlaku perkara tersebut, keyakinan aku untuk kumpulan ku menang terus pudar. Aku berasa sangat kecewa dan sedih. Tapi, apa boleh dibuat. Redha sahajalah.

Semasa slot video persembahan video, respon penonton terhadap video kumpulan aku ialah positif, lega sikit perasaanku. Namun, bagi slot pembentangan video, bagi aku, kumpulan aku tidak dapat respon yang baik dari penonton. Oleh sebab itu, aku amat yakin bahawa peluang untuk kumpulan ku menang amat tipis.

Tibalah saat yang dinanti-nantikan, iaitu pengumuman pemenang-pemenang.. Jeng jengg.....


ALHAMDULILLAH, bagi kategori video persembahan, kumpulan ku telah meraih juara dan saguhati@tempat terakhir bagi kategori pembentangan. Kemenangan video persembahan sepenuhnya melegakan hati aku. Rasa puas sangat walaupun tidak juara bagi kedua-dua kategori, tidak mengapalah, yang penting kami sudah cuba lakukan yang terbaik...

Juara-Kategori Video Persembahan

Saguhati- Kategori Pembentangan

KISAH KARNIVAL MIKROEKONOMI

Hari ini, ingin aku kongsikan mengenai karnival mikroekonomi. Macam-macam perkara yang berlaku, penuh dengan suka dan duka tetapi kebanyakkannya ialah kisah bahagia.

Sekitar 4.30 am, aku melelapkan mata setelah menyiapkan video utk persembahan pada hari karnival tersebut. Video apa??? Kisahnya begini, pada malam sebelum kejadian, kumpulan aku telah terpilih untuk masuk ke pusingan akhir. Perkara ini, kumpulan ku memang tidak menduga, kami tidak mengharapkan ke pusingan akhir, sekadar lakukan yang terbaik untuk dibentangkan dalam kelas sahaja. Tapi, kalau dah rezeki tidak ke mana. Apabila kumpulan ku telah terpilih untuk ke pusingan akhir, kami perlu mengedit kembali video tersebut untuk penambahbaikkan dari segi masa dan sebagainya. Itulah sebabnya kenapa aku tidur lambat. Pada jam 6 am lebih, aku bangun dan bersiap sekemas mungkin.

Pelbagai aktiviti yang yang dianjurkan pada hari karnival tersebut, selain daripada pembentangan daripada kumpulan yang terpilih untuk masuk ke pusingan akhir, juga ada forum karnival mikroekonomi serta jual-jualan sekitar di hadapan dewan kuliah FEP. Pada awalnya, aku bersama dua orang lagi sahabat telah pun menyewa tapak pada hari tersebut untuk kami membuat jualan. Namun, kami terpaksa membatalkannya pada saat akhir kerana di rumah rakan ku mengalami gangguan bekalan air, jadi ibunya tidak dapat menyediakan makanan untuk jualan kami. Tidak mengapalah, mungkin tiada rezeki kami untuk berniaga.

1pm- Kumpulan aku ke kaunter pendafatarn untuk mendaftarkan diri ke karnival tersebut. Tiba-tiba ada sesuatu perkara yang mengejutkan kami..... Video kami..... 

Isnin, 5 Disember 2016

MAKLUMAT PENTING RESUME

Penceramah tersebut telah memberikan contoh template resume yang menggunakan photoshop serta perkara penting yang perlu ada dalam resume melalui email. Jadi, walaupun aku tidak dapat sertai bagi slot yang pertama, aku masih juga dapat perkara penting semasa slot 1 tersebut.

Oleh sebab itu, sudi untuk aku kongsikan di sini mengenai Maklumat Penting yang perlu ada dalam Resume iaitu:
1.Maklumat Diri
2.Pendidikan
3.Pengalaman Kerja
4. Kemahiran
5. Anugerah Kokurikulum
Selain itu, resume juga digalakkan kalau boleh satu muka surat sahaja, tetapi segalanya padat dalam satu muka surat tersebut. Menurut penceramah tersebut, jika guna photoshop lebih mudah untuk kita penuhkan satu muka surat berbanding menggunakan Microsoft Word. Hurm, mungkin itu sahaja yang ingin aku kongsikan. Nak tahu lebih lanjut, kena lah sertai program-program sebegini.. 

Ahad, 4 Disember 2016

Bengkel Photoshop: Resume

Aku memegang AJK Pendaftaran bagi bengkel photoshop ini. Walaupun hanya memegang jawatan sebagai ajk biasa je, tetapi banyak ilmu baru yang telah ku pelajari serta pengalaman baru yang ku dapat.

Perkara yang amat aku gembira ialah aku dapat belajar perkara asas mengenai aplikasi Photoshop. Semenjak dua menjak ni, aku ada jugalah belajar mengenai Photoshop tetapi hanya melalui Youtube sahaja, jadi tidak begitu faham. Tetapi, semasa bengkel photoshop ini, aku dapatlah belajar perkara asas dengan lebih jelas sbb nak edit photoshop ni, papan kekunci memainkan peranan yang penting juga. Contohnya, kalau nak edit saiz gambar, kena tekan ctrl T, hah gitulah. banyak lagi perkara yang harus aku teroka mengenai aplikasi ini. Semoga suatu hari nanti aku berjaya menjadi seorang pakar dalam multimedia untuk dijadikan sebagai kerjaya sampingan serta menambahkan lagi kemahiran dalam diri.

Ohya, tajuk mengenai Bengkel Photoshop: Resume, lupa pula nak cerita pasal resume. Secara umumnya, hampir semua orang tahu apa itu resume kan?? tetapi tidak semua yang tahu apa perkara penting yang perlu ada dalam resume. Hah, akan aku kongsikan di post seterusnya.. Sebabb apa??  sebab tadi masa penceramah menerangkan perkara yang penting yang perlu ada dalam resume, aku berada di luar dewan untuk urusan pendaftaran peserta yang datang lewat. Sekitar jam 11am, aku tutup kaunter pendaftaran, selepas itu barulah aku sertai program ini bersama peserta yang lain juga.

Sabtu, 3 Disember 2016

Sehari Bersama Permata Emas Negara

Akhirnya.... Itulah nama projek kami. Projek kami ialah meluangkan masa selama sehari di Pusat Jagaan Rumah Perlindungan Penyayang Hani. Hurmm, nama projek tetap nak ada Permata Negara. Hahaha.. Sebenarnya, sebelum kami putuskan untuk ke sini, kami sudah pergi survey ke Rumah Anak Yatim di Bangi untuk jalankan Tusyen Pertama Negara, tetapi rumah anak yatim mereka ada program pada 3 dan 4 Disember. Jadi tidak boleh diteruskan. Oleh sebab itu, kami telah mendapat idea untuk tukar projek kepada melawat rumah penjagaan warga emas dan telah pun mendapat persetujuan daripada felo. Alhamdulillah, felo juga turut memberikan sumbangan dari segi idea penambahbaikkan bagi projek ini dan juga sumbangan berbentuk wang.

Aktiviti yang kami lakukan ialah bergotong-royong membersihkan rumah tersebut dan juga sesi makan bersama dan borak-borak. Pada detik mula-mula sampai di rumah tersebut, rasa sebak melihat mereka. Kami memulakan kerja sekitar jam 10 pagi. Dua orang ahli kumpulan kami keluar ke pasar untuk membeli barang basah untuk dimasak dan dimakan untuk waktu tengahari. Selebihnya, membahagikan tugas untuk membersihkan kawasan di dalam dan di luar rumah tersebut.

Hidangan makan tengahari yang disediakan oleh Mama(iaitu pemilik rumah ini) sangat sedap.. Setelah siap mengemas, kami luangkan masa dengan berborak-borak dengan ibu ibu di situ. Pelbagai kisah yang mereka kongsikan, banyak pengajaran yang kami perolehi. Ohya, lupa bagitahu, selepas zohor, kami bersama-sama dengan Mama menyediakan karipap. Walaupun karipap tersebut bukanlah hasil tangan ku sepenuhya, tetapi ada lah juga hasil usaha aku di situ. Setalah siap digoreng, kami makan bersama-sama. Lupa nak bagitahu, di dalam rumah tersebut juga ada 3 orang kanak-kanak kerana ibu mereka juga tinggal di situ. Sungguh comel gelagat dan rupa paras mereka. Teletah mereka dapat membuatkan kita tidak kering gusi. Kami juga sempat bermain bersama mereka. Meraka tiga beradik iaitu Aqilah, Aqil dan Aqidah.

Detik yang menyedihkan di mana, tibalah saat untuk kami pulang, beberapa orang ibu telah menunjukkan reaksi yang sedih, ada juga yang menangis kerana kami hendak pulang. Kami juga merasakan kesedihan yang sama. Doa dan nasihat-nasihat mereka, akan ku ingat. Semasa sesi bersalaman sebelum pulang, Aqilah telah bertanya untuk ikut kami balik, tetapi apakan daya, kami juga tidak mampu tunaikan permintaannya. Manakala, Aqil pula tidak mahu lepaskan dirinya dari kami, Setelah kami tinggalnya bersama ibunya, dia menangis. Dia tidak mahu tinggalkan kami. Huh, sungguh sedih pada detik itu. Semoga Aqil,Aqilah dan Aqidah menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat.

Itu sahaja yang ingin aku kongsikan di sini..  Ohya, ni merupakan beberapa gmbr di sini:
*sebenarnya dua orang ahli kumpulan tidak dapat sertai kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.