Photobucket

Isnin, 5 September 2016

Aplikasi Komputer

Hari ini merupakan kelas pertama yang aku hadiri setelah masuk ke UKM. Pagi tadi, sepatutnya ada kelas, tetapi ada program berkaitan penerangan citra di dewan kuliah, jadi kelas pagi tadi dibatalkan. Petang, kelas dijalankan seperti biasa. Bagi aku, aku suka subjek ini kerana pada hari pertama telah menarik minat dan semangatku untuk belajar subjek ini. Tambahan pula, pensyarah nya juga aku suka. Pensyarah Aplikasi komputer aku ialah Dr. Zaleha. Reaksi dan cara penyampaiannya mudah untuk aku fahami. Jadi, rasa bertuah juga dapat kelas dengan Dr. Zaleha.

Hah..kalau zaman sekolah, hari pertama kelas macam biasa-biasa. Kalau ada tugasan pun, tugasan yang mudah. Sebaliknya, tugasan untuk subjek ini pada hari pertama kelas ialah membuat blog dan setiap minggu perlu ada 2 post dan pada minggu ke-14 perlu ada 28 post. Hah.... ini memang mengejutkan aku kerana ini juga merupakan cabaran buat aku. Sebab apa?? sebab tak pandai hias blog ke? tak pandai buat blog ke? ehhhh... bukan kerana itu. Alasannya ialah aku ni sukar untuk luahkan dalam media sosial ataupun diari dan sebagainya. Selalunya, kalau ada cerita atau kisah yang menarik atau ada cerita sedih ke aku akan kongsikan dengan ibuku atau pun dengan sahabat baik aku.. Sebagai langkah pertama, aku akan usahakan untuk jadikan blog ni sebagai kawan baik aku juga. Jadi mudahlah kot untuk aku tambah post.

Kesimpulannya, ini merupakan cabaran untuk aku siapkan 28 post pada minggu ke-14. Semoga berjaya Anis.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan