Photobucket

Jumaat, 16 Disember 2016

Penghujung Sem 1

Minggu ni merupakan minggu terakhir kelas, dan minggu depan ialah minggu ulangkaji. Begitu cepat masa berlalu. Pelbagai kisah suka dan duka sepanjang hampir 4 bulan aku berada di UKM ini. Ehhh, rasanya kisah duka tidak ada lagi kot, yang ada kisah suka dan kadang-kadang kisah bingung iaitu tak tahu rasa apa. hahaha. Setakat ini, aku memang gembira, bersyukur serta berasa bertuah berada di UKM ini. Tetapi perkara yang paling aku risaukan sekarang ialah peperikasaan akhir semester ini yang akan bermula pada 27 Disember 2016. Aku ada masa lebih kurang seminggu mcm tu je. Terlalu risau kerana keputusan ini ialah penentu sama ada aku layak untuk masuk kos akaun ataupun tidak.

Sejujurnya, aku memang nak sangat untuk masuk kos akaun sebab cita-cita aku untuk jangka pendek ialah untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Sekiranya, ada rezeki aku untuk ke akaun, dapatlah. Sekiranya tidak dapat, mungkin ada yang lebih baik untuk aku.

Kesimpulan yang aku dapat simpulkan pada penghujung sem ini ialah aku perlu perbaiki lagi diri aku untuk jadi lebih baik terutama dari segi pengurusan masa. Dari segi kewangan, setakat ini Alhamdulillah, belanjawan aku masih berjaya diamalkan. Pendek kata, permulaan kehidupan di UKM yang sangat baik. Segala kekurangan serta kesilapan yang aku lakukan pada sem 1 ini, akan ku cuba untuk perbaiki supaya menjadi lebih baik.  :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan