Photobucket

Sabtu, 3 Disember 2016

Sehari Bersama Permata Emas Negara

Akhirnya.... Itulah nama projek kami. Projek kami ialah meluangkan masa selama sehari di Pusat Jagaan Rumah Perlindungan Penyayang Hani. Hurmm, nama projek tetap nak ada Permata Negara. Hahaha.. Sebenarnya, sebelum kami putuskan untuk ke sini, kami sudah pergi survey ke Rumah Anak Yatim di Bangi untuk jalankan Tusyen Pertama Negara, tetapi rumah anak yatim mereka ada program pada 3 dan 4 Disember. Jadi tidak boleh diteruskan. Oleh sebab itu, kami telah mendapat idea untuk tukar projek kepada melawat rumah penjagaan warga emas dan telah pun mendapat persetujuan daripada felo. Alhamdulillah, felo juga turut memberikan sumbangan dari segi idea penambahbaikkan bagi projek ini dan juga sumbangan berbentuk wang.

Aktiviti yang kami lakukan ialah bergotong-royong membersihkan rumah tersebut dan juga sesi makan bersama dan borak-borak. Pada detik mula-mula sampai di rumah tersebut, rasa sebak melihat mereka. Kami memulakan kerja sekitar jam 10 pagi. Dua orang ahli kumpulan kami keluar ke pasar untuk membeli barang basah untuk dimasak dan dimakan untuk waktu tengahari. Selebihnya, membahagikan tugas untuk membersihkan kawasan di dalam dan di luar rumah tersebut.

Hidangan makan tengahari yang disediakan oleh Mama(iaitu pemilik rumah ini) sangat sedap.. Setelah siap mengemas, kami luangkan masa dengan berborak-borak dengan ibu ibu di situ. Pelbagai kisah yang mereka kongsikan, banyak pengajaran yang kami perolehi. Ohya, lupa bagitahu, selepas zohor, kami bersama-sama dengan Mama menyediakan karipap. Walaupun karipap tersebut bukanlah hasil tangan ku sepenuhya, tetapi ada lah juga hasil usaha aku di situ. Setalah siap digoreng, kami makan bersama-sama. Lupa nak bagitahu, di dalam rumah tersebut juga ada 3 orang kanak-kanak kerana ibu mereka juga tinggal di situ. Sungguh comel gelagat dan rupa paras mereka. Teletah mereka dapat membuatkan kita tidak kering gusi. Kami juga sempat bermain bersama mereka. Meraka tiga beradik iaitu Aqilah, Aqil dan Aqidah.

Detik yang menyedihkan di mana, tibalah saat untuk kami pulang, beberapa orang ibu telah menunjukkan reaksi yang sedih, ada juga yang menangis kerana kami hendak pulang. Kami juga merasakan kesedihan yang sama. Doa dan nasihat-nasihat mereka, akan ku ingat. Semasa sesi bersalaman sebelum pulang, Aqilah telah bertanya untuk ikut kami balik, tetapi apakan daya, kami juga tidak mampu tunaikan permintaannya. Manakala, Aqil pula tidak mahu lepaskan dirinya dari kami, Setelah kami tinggalnya bersama ibunya, dia menangis. Dia tidak mahu tinggalkan kami. Huh, sungguh sedih pada detik itu. Semoga Aqil,Aqilah dan Aqidah menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat.

Itu sahaja yang ingin aku kongsikan di sini..  Ohya, ni merupakan beberapa gmbr di sini:
*sebenarnya dua orang ahli kumpulan tidak dapat sertai kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan